Thursday, March 6, 2014

Kesihatan anak-anak

Alhamdulillah anak-anak sihat cuma Haikal yang batuk dan selsema dah hampir seminggu lebih.

Selepas semua anak-anak sihat dari demam dan cirit birit tu, Haziq dan Haikal kena batuk pula sebab berjangkit dari ayahnya.. abg pun siap pergi klinik untuk ambil ujian darah, xray dan test tibi sebab takut ada jangkitan tibi. alhamdulillah semua keputusan adalah normal. tapi selepas tu berjangkit pula pada anak-anak. Haziq dan Haikal kena makan ubat batuk.

lepas seminggu batuk Haziq dah hilang dengan ikhtiar makan ubat batuk, madu dan vitamin c. tapi Haikal masih ada lagi hingga pagi tadi. bunyi kahak pun banyak sebab dia selsema sekali. ubat selsema memang takde sebab cuma titiskan ubat dalam hidung dan sapu vick balm je. Mula-mula ada kurang, tapi datang semula batuk dan selesema dia. harap Haikal cepat sembuh..

No comments: