Sunday, February 23, 2014

Update terbaru

Lama dah tak update blog ni..dah sebulan pun... kerja kat ofis pun dah mula banyak. Balik rumah melayan anak-anak dan kerja rumah.. segala-galanya tak sempat nak dicatat kat sini..
Bulan februari ni, banyak hari yang anak-anak tak sihat. Hampir setiap minggu. Bermula dengan haikal yang kena demam campak. Lepas seminggu, anak-anak semua kena cirit-birit muntah yang teruk dan demam.. memang bulan ni Allah bagi ujian anak-anak tak sihat. Aqil pula sampai masuk wad di hospital putrajaya sebab demam panas dan sawan lagi.

Haziq pula sampai terbaring dan tak makan 5 hari sebab cirit birit dan muntah yang teruk. Haikal pun kena cirit birit. Lepastu dia mula tak nak minum guna botol susu. Dah kurang minum susu. Stok susu pun dah habis. Aku dah mula bagi Haikal susu friso gold untuk tampung. Masa aku juga kena cirit birit, susu badan hampir nak kering. Haikal pula tetap nak menyusu.. alhamdulillah susu sedikit demi sedikit ada balik..
Aqil pula masuk wad dan drip air selama 2 hari. Alhamdulillah suhu badan dia turun jugak. Demamnya tak lama. Pertama kali aqil kena sawan membuatkan kaki tangannya jadi kejang. Alhamdulillah di hospital aqil tak kena sawan lagi.

Semalam abg dan aqil bertolak ke kedah untuk ambil mak abah bawa datang sini. Sebab isnin ni pengasuh minta cuti. Berharap mak dan abah tolong jaga haikal dan haziq di rumah untuk sehari. Dah 4 hari aku ambil cuti.. tahun ni ada lagi 10 bulan. Jadi nak kena rancang cuti. Takut tak cukup cuti pulak. Abg pula dah tukar ke pejabat baru di EPU,JPM. Suasana tempat kerja baru tak tahulah macamna.
Haikal dan Haziq dah dua hari batuk dan selsema yang agak teruk. Ubat dah bagi makan. Harap cepatlah sihat. Dah dua malam haikal tak boleh tidur malam sebab batuk dan selsema.

Aqil di wad 2c Hospital Putrajaya

Haziq yang lesu kerana cirit birit muntah

No comments: