Tuesday, June 12, 2012

Aqil dan haziq




Lagi cerita tentang anak-anak yang ingin kucatitkan:-) bila bergelar seorang surirumah ni memang segala serba serbinya sudah tentu tentang anak-anak:-)

Hari ini aku meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak-anak. Ayah mereka masih di Jepun. kejap je masa berlalu. . . Dah 9 hari abg ke Jepun. . . (ayat sedapkan hati sendiri ..)

Pagi tadi Aqil dan Haziq. . Masing-masing meragam dan menangis(kaw kaw punya nangis) . . Si abg tak bagi adik masuk buai sebab nak suruh adik main bersama abg. . . Si adik nak tidur masuk buai sebab mengantuk. . Jadi abg pun menangis-nangislah suruh adik turun. Ummi pujuk apa pun tak jalan. . . Last- last ummi biarkan sahaja dia menangis. .   . Bila adik dah turun buai, abg pula menangis nak masuk buai. Pening kepala ummi.

Ikutkan hati memang teramat geram dengan karenah si aqil. Tapi ummi kuatkan hati juga untuk tahan rasa marah ni. . . Tak sanggup lagi rasanya nak menzalimi anak-anak yang kecil dan belum berakal ni. Mungkin ini ujian Allah untuk aku. .  .

Alhamdulillah, bila jaga anak sendiri ni memang banyak kelebihannya dan menjimatkan. Kita sendiri yang mandikan anak,suapkan anak makan,buatkan susu anak. . . Boleh masak untuk suami makan tengahari. ..

Anak-anak pun masih memakai lampin kain dan kurang memakai pampers. Hampir setahun lebih anak-anakku memakai lampin kain dan alhamdulillah memang menjimatkan. Tambahan pula mudah bagi aku untuk membasuh lampin kain memandangkan aku sendiri yang menjaga anak-anak. Haziq pula menyusu badan sepenuhnya sehingga 2 tahun. . . Cuma sekarang ni haziq dah pun nak masuk 2 tahun dan mula minum susu seperti abg dia. Jadi terasa jugalah sekarang ni sebab belum sampai 2 minggu sudah 2 pek susu digunakan. .

Seronok dan syukur apabila dapat melihat anak-anak membesar di depan mata. Melihat telatah mereka hari-hari memang tidak menjemukan. . . Tapi bila berhadapan dengan ragam masing-masing. . . Ya Allah, cukup menguji kesabaran.  . . .:-)

Jadi bersyukurlah selalu dengan apa yang kita ada. . .

jangan mudah memandang orang lain beruntung. cukuplah sekadar mensyukuri keberuntungan yang kita lihat dengan mata kasar kita di atas apa yang orang itu perolehi, kerana kita tak pernah tahu dan takkan diberitahu akan kesusahan dan kesukaran yang mungkin orang itu tempuhi dan lalui. takkan ada seorang makhluk pun yang Allah ciptakan tanpa ujian tanpa dugaan tanpa kesusahan. pasti ada. cuma banyak atau sikit sahaja yang membezakannya.

dan sentiasalah bersyukur dengan keberuntungan diri kita. meski diuji susah atau payah, meski mendapat anugerah serta nikmat. itukan hak Allah. Diberi kepada yang dikehendaki. ditarik juga daripada yang dikehendaki. sesungguhnya  aturanNya adalah terlalu sempurna. cuma kita ini buta mata,buta hati, buta iman untuk menilai anugerah dan nikmat Allah kerana nafsu bermaharajalela di birai jiwa. kan?!

post via blogaway

Posted via Blogaway

Saturday, June 9, 2012

Anak-anak lagi. . .


Petang ni haziq seorang sahaja yang tidur manakala abgnya melayan kartun 'oggy ana coakcroach' di channel 615. . Itulah rancangan kegemaran aqil selain daripada 'upin ipin'.

Jam 4pm haziq bangun dan minta susu yang kebetulan dia dengar abg aqil minta susu. Jadi ummi pun buatlah susu untuk 2 botol. Selalunya haziq tak akan minum susu sehingga habis walaupun ummi cuma buat 4oz. Tapi tadi tiba-tiba haziq datang pada ummi dan bagi botol susu yang habis bersih dia minum. Alhamdulillah,ummi pun lega sebab sekurang-kurangnya kenyanglah juga perut dia:-)

post via blogaway

Friday, June 8, 2012

Ragam anak malam ini:-)


Malam ni baru aqil nak makan nasi sendiri. Lauk ikan goreng dengan kicap pun dah cukup. Dah lama aqil tak makan nasi suap sendiri. Baru dua tiga hari ni yang aqil nak makan sendiri. Alhamdulillah. . .

Lepas tu bila main mainan yang banyak sangat-sangat dan bersepah-sepah, selalunya aqil memang takkan kemas mainannya. . . Tapi tadi ummi pujuk lagi suruh aqil kemas mainan sebab dia nak suruh ummi buat susu. . . Boleh pula dia jawab balik pada ummi. . . "ummi kan rajin". . . :-) tapi sebab dia nak susu, akhirnya aqil kemaslah juga mainan dia. . .

Haziq pula seawal jam 8.30 malam ni dah mula tidur. . . Alahai, anak. . . Anak. . . Habislah berjaga ummi malam ni sebab selalunya haziq akan bangun di tengah malam untuk main semula. . . :-) haziq tidur awal ni pun sebab dia asyik menangis dan mengamuk je bila main dengan abg dia,aqil. Aqil pula suka kacau haziq sampai nangis. . . Bila tanya kenapa aqil suka kacau adik. . . Aqil akan cakap "aqil suka tengok adik nangis" . . .sabar je la ummi ni. . .



post via blogaway

Hari ke 5


Hari ini masuk hari ke 5 abg di negara Jepun. Baru 5 hari tu. . . Nak tunggu lagi 21 hari memang terasa amat lama. . .

Alhamdulillah,ujian minggu pertama semasa ketiadaan abg ni, mampu dihadapi dengan tenang. Anak-anak masih lagi terkawal. Sebab di kampung ni ada ramai yang membantu untuk menjaga anak-anak ni. Ada atok,nenek, nyang dan paksu. Minggu depan paksu akan kembali ke UiTM untuk memulakan semester baru selepas bercuti hampir 3 bulan.

Alhamdulillah, kesihatan Aqil semakin baik. Dah 2 hari aqil mengalami cirit birit dan sakit perut sebab mengutip makanan apa entah masuk ke mulut. Padahnya terpaksalah menahan sakit perut dan cirit birit sehingga tak boleh tidur malam. Dalam sehari aqil boleh buang air besar sehingga 10 kali termasuk 4 kali di tengah malam dan menangis menahan sakit perut. Malam kedua dah berkurang sakitnya. Jaga di tengah malam pun hanya sekali untuk buang air besar.

Si Haziq pula dengan perangai dia yang tersendiri. Menjaga haziq amat mudah kerana karenah haziq tidak sebakul seperti abg dia, Aqil. :-) namun aku tetap bersyukur kerana dengan karenah anak-anak inilah yang menjadikan kehidupanku penuh dengan warna warni:-) kenangan inilah yang amat berharga yang akan dikenang sepanjang hayat. Dengan tanganku sendirilah aku dapat menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak tanpa dijaga oleh orang lain.

Malam tadi, buat pertama kalinya haziq bangun tidur di tengah malam cari atok. Bila masuk bilik atok, boleh pulak tidur sebelah atok sampai ke pagi. Tak pernah-pernah anak-anakku tidur dengan orang lain melainkan dengan umminye setiap hari. Pertuturan haziq agak lambat berbanding abgnya,aqil. Tapi butir-butir sebutan haziq masih boleh difahami. Haziq pun dah pandai buat ayat dan meniru percakapan orang dewasa. Boleh bagitau nama dia, nama abg, dan yang paling best bila dengar haziq cakap nama ayah. . . "auuuuzzzz". . .(maksudnya fairuz) :-) nama ummi dia belum khatam lagi. . .

Semoga anak-anak ummi dan ayah membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak-anak yang soleh :-D

post via blogaway

Renungan di hari Jumaat yang penuh berkah


Alhamdulillah, menempuh untuk kesekian kalinya hari Jumaat yang penuh barakah di tahun 2012 ini. Sesekali terdengar suara alunan ayat suci Alquran dari masjid, mengingatkan diri ini pada bulan Ramadhan. Hampir benar ketika ini untuk menjengah Ramadhan kerana waktu yang sedang dilalui saat ini adalah di bulan Rejab.

Terasa diri ini amat hina kerana terlalu banyak melakukan dosa sebagai hamba Allah. Diri ini tidak mampu menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman.

Muhasabah diri

Masih jauh lagi diri ini untuk bergelar isteri solehah. . . Ibu mithali. . . Lantaran kerana diri yang selalu melakukan kesilapan dan dosa. . . Namun langkah tidak seharusnya terhenti di sini. . . Kerana kita tidak boleh berhenti berlari selagi masih bermusafir di muka bumi Allah ini. .

Doaku moga Allah sentiasa membimbing dan mengurniakan ku iman dan hidayahNya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. . . Amiiiin. . .

post via blogaway

Monday, June 4, 2012

Fly to osaka



Alhamdulillah,abg dah selamat berlepas ke osaka semalam. Lepas ni bulan depan baru anak-anak dapat jumpa ayah semula. Semalam masa hantar abg ke KLIA tengok anak-anak pun ok tak nangis dan salam macam biasa dengan ayahnya. Memang dah bagitau awal yang ayah nak ke Jepun. Tapi anak- anak sekecil ni manalah tau apa-apa melainkan yang mereka tahu ayah pergi kerja. Selalu paling lama pun tak jumpa ayah cuma seminggu. Kali ni tak tahu la macamana.

Kami berada di kampung sebulan ni. Harap-harap aqil dan haziq sihat dan ummi mampu nak jaga mereka.

post via blogaway