Monday, November 28, 2011

Check-point hidup manusia

Ya Allah, jauhnya perjalanan manusia nak sampai ke destinasi terakhir.


-Alam roh

-alam rahim

-DUNIA (tempat tinggal sekarang yang dirasakan seolah olah kekal dek kerana lama dan panjangnya perjalanam)

-sakaratul maut

-kubur

-tiupan sangkakala

-dihidupkan semula

-al hasyar (manusia dikumpulkan seperti perhimpunan haji di padang masyar-syafaat,penyerahan kitab amalan,hisab,mizan,telaga)

-titian sirat

-destinasi terakhir(syurga@neraka)


"syurga itu dipagari kesusahan manakala neraka dipagari keseronokan" (Riwayat al-bukhari dan muslim)


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 27, 2011

awal muharam 1433h

Another extraordinary post for today..


Hari ini 27nov2011-selasa bersamaan 1 muharam 1433h.. Alhamdulillah. Menempuh tahun baru lagi dengan sejuta nikmat dan syukur kerana masih bahagia,masih sihat,masih Islam dan meyakini Allah sebagai tempat pergantungan sebenar-benarnya..  


Kadang-kadang memang bagus bila bersendirian sambil bermuhasabah diri..penting juga untuk mencari semangat dan kekuatan baru bila sudah terlalu lama leka dengan nikmat dunia..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 22, 2011

selesai eeg test

Alhamdulillah, selesai sudah EEG test untuk aqil yang dibuat di HKL..seawal 5 pagi aku dan abg dah bangun. Lepas tu kejutkan aqil dan haziq,mandikan mereka. Alhamdulillah,aqil dan haziq tak banyak kerenah


Dalam perjalanan ke hospital,abg sempat buka cd lagu ABC untuk bagi anak-anak dengar, supaya aqil tak tidur sepanjang perjalanan. Kami sampai di HKL pukul 7 pagi. Selesai pendaftaran dan timbang aqil,kami pun ke makmal eeg untuk buat ujian tu.


Inilah pengalaman pertama kami dan cukup mencemaskan dan mendebarkan. Sempat juga aqil menangis disebabkan takut dan nak minta balik. Ayahnya lah yang melayan karenah aqil sehinggalah aqil tertidur.


Bila aqil dah tidur selepas diberi ubat tidur oleh MA yang bertugas. MA mula memasang elektrod di kepala aqil.agak banyak juga elektrod yang dipasang untuk membaca gelombang otak.. Tak habis-habis kami berdoa dan berselawat mohon dijauhkan aqil dari serangan sawan. Alhamdulilah.semua berjalan lancar sehingga aqil dikejutkan untuk bangun..


Adik pula memang tidur je sepanjang ujian pagi tadi. Dia pun sama mengantuk sebab bangun awal. Selesai ujian pukul11 pagi dan pulang ke rumah.


Petangnya kami bertolak balik ke kampung di negeri sembilan sebab abang akan outstation lagi. Kali ni akan ke kuching..huhu. Bulan ni memang cukup memenatkan buat abang sebab sebulan tak masuk pejabat. Semuanya sebab nak mencari rezeki lebih selain memang dah terpaksa bertugas luar.. Abg pula terpaksa bekerja seorang..semoga Allah sentiasa memelihara abg..


Hasrat abg nak balik putrajaya lepas menghantar kami bertiga terpaksalah dibatalkan disebabkan  dah 'exhausted'. Kesian abg. Nampaknya esok seawal pukul 5 pagi abg mesti dah kena gerak dari kampung ni sebab masuj pejabat pukul 8 pagi. Flight abg ke kuching pula pukul 2 petang. Semoga Allah memberi kekuatan pada abg..


Aku pula harus menjaga anak-anak untuk 2 minggu semasa ketiadaan abg ni..semoga aku juga diberi kekuatan iman dan kesabaran dalam menjaga dan mendidik mereka..karenah mereka cukup-cukup menguji kesabaran. Berilah aku petunjuk ya Allah..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 20, 2011

eeg test

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 15, 2011

aqil ke klinik kesihatan

Pukul 10.30 pagi tadi, aku bawa aqil ke klinik kesihatan ni untuk makan ubat cacing. Jadi bawalah haziq sekali dihantar oleh mak lang.


Alhamdulillah,aqil dah semakin bijak. Nurse suruh timbang berat pun,aqil dah boleh pergi sendiri dan berdiri di alat penimbang tu. Alhamdulilla berat aqil naik juga 15.1kg. Adik pun nak timbang macam abang dia. Adik pun siap turun naik kat alat penimbang tu.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, November 14, 2011

ujian Allah..

Alhamdulillah,haziq dah tidur. Aqil pula tunggu masa nak tidur je,dah baring,mungkin sebab penangan ubat batuk dan selsema. Tu yang mengantuk dan senang tidur je anak-anak malam ni.


Petang tadi dapat mesej dari abang yang sekarang berada di sg. Petani rumah mak. Rupanya tok (bandar tun razak) masuk hospital harini sebab dah tak sedar diri. Malam ni pula doktor pula cakap tok tinggal 50-50..doktor pun cakap tok ada masa 48 jam lagi. Kalau tak ok juga,maknanya dah takde la tok. Kalau sihat pun mungkin akan lumpuh sebelah badan. Tok pun dah tua. Bertahan je la tu..


Abang dan mak pula serba salah nak pergi sebab abah pulak sakit kaki. Malam ni pun abah muntah-muntah..tak sihat. Anak-anak abang ipar pula ada kat rumah. . Tambah pening kepala mak dan abah.. Kenapalah susahkan mak ayah sendiri nak jaga anak kita pulak..mak ayah dah tua tapi nak suruh juga jaga semata-mata nak jimat duit tak payah hantar anak kat pengasuh.. Hmm, entahlah. . .


Esok nak kena hantar aqil ke klinik untuk makan ubat cacing  tapi kena bawa haziq sama. Alhamdulillah,mak lang ada..


Published with Blogger-droid v2.0.1

anak-anak selesema

Hari ini masuk hari ke 7 aqil dan haziq selsema. Ubat pun dah habis. Kenapa agaknya tak baik selesema lagi. Aqil pula asyik nak kacau adiknya je. Kesian juga tengok haziq yang nangis bila abang dia tolak.

Abang sekarang outstation ke alor setar hingga ahad minggu depan. Lamanya nak tunggu lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.1

aqil dan haziq

Ini gambar terbaru anak-anakku. Aqil dah berumur 2 tahun 8 bulan manakala haziq dah berumur 1 tahun 4 bulan.


Gambar ni di ambil masa kami ikut abang outstation ke Johor Bahru bulan lepas. Seminggu juga la kami duduk di New York Hotel. Alhandulillah, pengalaman yang sungguh menyeronokkan and dapat duduk di hotel yang sangat memuaskan hati.


Alhamdulillah anak-anak sihat sepanjang kat sana. Cuma aku je yang kena ciritbirit dan muntah-muntah..sabar je la..alhandulillah aku yang kena..tak kena pada abang dan anak-anak.tak taulah apa yang aku makan agaknya.


Rasa ada banyak benda nak ditulis dalam blog ni, aqil dan haziq pun dah seminggu selsema.nanti aku akan sambung menulis lagi.insyaAllah.


Published with Blogger-droid v2.0.1

hero-hero ku..

Inilah hero-heroku..permata hatiku..dunia akhirat.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, September 21, 2011

kembali lagi..

Rasanya sudah lama aku meninggalkan dunia penulisan blog ini..kali terakhir adalah kira-kira 9 bulan yang lalu..aku cuba juga mencuri masa untuk menaip di blog ini, namun tetap tak punya kesempatan dek kepenatan dan kesibukan membesarkan 2 hero ini dan kerja-kerja menguruskan rumah tanga.

Sejak aku habis kontrak disember tahun lepas, aku kini bergelar surirumah sepenuh masa..dan kembali menetap bersama suamiku.pada masa itu juga kami berpindah ke rumah baru yang jauh lebih luas berbanding rumah sewa sebelum ini..kuarters kerajaan pun jadilah. Dah nama pun duduk putrajaya, memanglah kuarters.

Rasanya rezeki kami murah tahun ni. Rezeki anak-anak insyaAllah. Awal tahun dah dapat masuk rumah baru, sebulan yang lepas kebetulan seminggu sebelum raya,dapatlah pakai kereta baru, alhamdulillah.. Ni pun aku merasa juga pakai samsung galaxy tab..hehe. Menggunakan duit yang ada lah..

Anak-anak sekarang ni batuk dan selesema pulak..aqil pulak baru sihat dari demam..alhamdulilah, dijauhkan Allah dari sawan tarik..harap-harap dia dah sembuhlah.

Saat ini aku dan anak-anak berada di kampung sebab tak dapat nak ikut abg berkursus di kluang, johor..mungkin esok abg akan balik.. Semoga Allah sentiasa memelihara suamiku.