Tuesday, November 22, 2011

selesai eeg test

Alhamdulillah, selesai sudah EEG test untuk aqil yang dibuat di HKL..seawal 5 pagi aku dan abg dah bangun. Lepas tu kejutkan aqil dan haziq,mandikan mereka. Alhamdulillah,aqil dan haziq tak banyak kerenah


Dalam perjalanan ke hospital,abg sempat buka cd lagu ABC untuk bagi anak-anak dengar, supaya aqil tak tidur sepanjang perjalanan. Kami sampai di HKL pukul 7 pagi. Selesai pendaftaran dan timbang aqil,kami pun ke makmal eeg untuk buat ujian tu.


Inilah pengalaman pertama kami dan cukup mencemaskan dan mendebarkan. Sempat juga aqil menangis disebabkan takut dan nak minta balik. Ayahnya lah yang melayan karenah aqil sehinggalah aqil tertidur.


Bila aqil dah tidur selepas diberi ubat tidur oleh MA yang bertugas. MA mula memasang elektrod di kepala aqil.agak banyak juga elektrod yang dipasang untuk membaca gelombang otak.. Tak habis-habis kami berdoa dan berselawat mohon dijauhkan aqil dari serangan sawan. Alhamdulilah.semua berjalan lancar sehingga aqil dikejutkan untuk bangun..


Adik pula memang tidur je sepanjang ujian pagi tadi. Dia pun sama mengantuk sebab bangun awal. Selesai ujian pukul11 pagi dan pulang ke rumah.


Petangnya kami bertolak balik ke kampung di negeri sembilan sebab abang akan outstation lagi. Kali ni akan ke kuching..huhu. Bulan ni memang cukup memenatkan buat abang sebab sebulan tak masuk pejabat. Semuanya sebab nak mencari rezeki lebih selain memang dah terpaksa bertugas luar.. Abg pula terpaksa bekerja seorang..semoga Allah sentiasa memelihara abg..


Hasrat abg nak balik putrajaya lepas menghantar kami bertiga terpaksalah dibatalkan disebabkan  dah 'exhausted'. Kesian abg. Nampaknya esok seawal pukul 5 pagi abg mesti dah kena gerak dari kampung ni sebab masuj pejabat pukul 8 pagi. Flight abg ke kuching pula pukul 2 petang. Semoga Allah memberi kekuatan pada abg..


Aku pula harus menjaga anak-anak untuk 2 minggu semasa ketiadaan abg ni..semoga aku juga diberi kekuatan iman dan kesabaran dalam menjaga dan mendidik mereka..karenah mereka cukup-cukup menguji kesabaran. Berilah aku petunjuk ya Allah..


Published with Blogger-droid v2.0.1

No comments: