Wednesday, September 21, 2011

kembali lagi..

Rasanya sudah lama aku meninggalkan dunia penulisan blog ini..kali terakhir adalah kira-kira 9 bulan yang lalu..aku cuba juga mencuri masa untuk menaip di blog ini, namun tetap tak punya kesempatan dek kepenatan dan kesibukan membesarkan 2 hero ini dan kerja-kerja menguruskan rumah tanga.

Sejak aku habis kontrak disember tahun lepas, aku kini bergelar surirumah sepenuh masa..dan kembali menetap bersama suamiku.pada masa itu juga kami berpindah ke rumah baru yang jauh lebih luas berbanding rumah sewa sebelum ini..kuarters kerajaan pun jadilah. Dah nama pun duduk putrajaya, memanglah kuarters.

Rasanya rezeki kami murah tahun ni. Rezeki anak-anak insyaAllah. Awal tahun dah dapat masuk rumah baru, sebulan yang lepas kebetulan seminggu sebelum raya,dapatlah pakai kereta baru, alhamdulillah.. Ni pun aku merasa juga pakai samsung galaxy tab..hehe. Menggunakan duit yang ada lah..

Anak-anak sekarang ni batuk dan selesema pulak..aqil pulak baru sihat dari demam..alhamdulilah, dijauhkan Allah dari sawan tarik..harap-harap dia dah sembuhlah.

Saat ini aku dan anak-anak berada di kampung sebab tak dapat nak ikut abg berkursus di kluang, johor..mungkin esok abg akan balik.. Semoga Allah sentiasa memelihara suamiku.