Monday, June 14, 2010

minggu ke 37

Dah 37 minggu anak dalam perut ni..bila lah agaknya anak ni nak keluar..aku rasa dah tak sabar-sabar dah nak bersalin..cepatlah sikit keluar..dapatlah cuti rehat panjang sikit..sekrang pun rasa dah takda mood je nak kerja sebab fikir nak bersalin ni….sahabat aku pun dah selamat bersalin..cepat pulak..aku je yang tak bersalin lagi ni..

Minggu lepas aku sempatlah bercuti sehari pada hari jumaat..alhamdulillah dapat settle banyak hal..abang pun ambil cuti sama..kebetulan pulak pengasuh aqil tengah sibuk sebab jiran sebelah rumah buat kenduri kahwin..memang cantiklah ambil cuti pun..

Hari jumaat tu pergi settlekan hal kat BSN dan Bank Islam..pastu sempat lagi ke Giant Senawang jalan-jalan..Aqil seronoklah dia dapat jalan-jalan. Dia memang suka sangat naik kereta dan pergi jalan-jalan.kalau orang tak bawa dia..tengoklah dia menangis dan menjerit-jerit..

Isyhh..boringnya internet ni problem…=(

Sambung cerita pergi jalan-jalan..sempatlah jugak kami ke klinik kat senawang tu untuk buat ultrasound..walaupun dah 37 minggu..takpelah..pergi jugaklah..alhamdulilah doctor pun kata kandungan aku takda masalah dan tunggu masa je nak bersalin..jantina anak ni pun dah dapat engok..insyaALLAH..Aqil akan dapat adik lelaki..takpelah..lelaki lagi..yang penting selamat dan anak ni sihat..

Jumaat malam tu rupanya si zana ni balik kampong..pukul 11 malam baru sampai rumah..si Aqil pulak tak tidur lagi..apa lagi dia main dengan mak lang sampai tak nak tidur..kul 12 lebih baru tidur..itu pun kena paksa..suka betul dia kalau main dengan mak lang dan paksu dia..
Hari sabtu tak pergi mana dan kebetulan pulak ada kenduri kahwin..memang tak leh nak keluar rumah..dapat jugaklah aqil tengok pengantin berarak..mesti dia terkejut sebab first time dia tengok orang berkompang..hehe.. hari tu jugak dah siap pasang pemanas air kat bilik air..alhamdulilah..mudahlah pasni nak guna air panas..terutamanya masa dalam pantang nanti..

Hari ahad kami bangun lewat lagi..tapi pas bangun tidur tu..aqil dengan ayah dia buat aktiviti lah..apa lagi..aktiviti membasuh kereta..kali kedua aqil buat aktiviti ni..seronok sungguhlah dia kalau main air..

Mak dan ayah pulak sempat sembelih ayam kampong dan masak lemak cili api..fuhh..lama tak makan..makan banyaklah hari tu..aqil pun makan banyak jugak..sampai dia tidur lena lah malam sebab kenyang..petang pas asar abg bertolak balik ke KL macam biasa..rasa kejap sangat cuti ni..tak terasa betul masa berlalu bila waktu yang ada dapat dihabiskan bersama-sama keluarga..

No comments: