Tuesday, June 15, 2010

menghitung hari..

alhamdulilah, hari ni ok sikit sebab laptop aku dah disambungkan ke monitor komputer..at least dapatlah jugak aku buka laptop ni..nasib baik internet pun dapat guna wireless..laptop aku ni memang skrinnya problem..kena hantar repair la jugak..

hari ni aku takde keje sangat..nak buat keje, makmal komputer pulak tak buka..esok ada meeting kat sekolah luar untuk program minggu depan..hmmm..minggu depan....bila la agaknya aku nak bersalin ni..tak laratnya nak menunggu..sampai hari ni aku masih gagahkan lagi diri ini untuk datang bekerja..cuma yang penatnya malam-malam la..time kita rehat lah yang baby dalam perut ni nak aktif bekerja..malam-malam pun asyik bangun ke tandas je..

fikiran aku pulak asyik fikir nak bersalin ni je..nak kerja pun rasa dah takde mood...tak tau nak fikir apa lagi untuk aktiviti budak2 sekolah ni..dok kat sekolah menengah ni memamg cabaran betul la..

tapi teringin jugak aku nak apply KPLI..mohon jadi cikgu untuk subject matematik..kena fikir panjang ni...nak kursus setahun dengan anak 2 orang..apa perlu aku buat?????... semoga impian aku akan tercapai..nanti..tak tau masanya bila..

abg pulak harini meeting kat kuala klawang, jelebu...minggu depan start penempatan kampung untuk modul peserta DPA..alhamdulilah dapat dekat jempol je..tambah-tambah aku pun nak bersalin dah ni..

No comments: