Tuesday, June 15, 2010

menghitung hari..

alhamdulilah, hari ni ok sikit sebab laptop aku dah disambungkan ke monitor komputer..at least dapatlah jugak aku buka laptop ni..nasib baik internet pun dapat guna wireless..laptop aku ni memang skrinnya problem..kena hantar repair la jugak..

hari ni aku takde keje sangat..nak buat keje, makmal komputer pulak tak buka..esok ada meeting kat sekolah luar untuk program minggu depan..hmmm..minggu depan....bila la agaknya aku nak bersalin ni..tak laratnya nak menunggu..sampai hari ni aku masih gagahkan lagi diri ini untuk datang bekerja..cuma yang penatnya malam-malam la..time kita rehat lah yang baby dalam perut ni nak aktif bekerja..malam-malam pun asyik bangun ke tandas je..

fikiran aku pulak asyik fikir nak bersalin ni je..nak kerja pun rasa dah takde mood...tak tau nak fikir apa lagi untuk aktiviti budak2 sekolah ni..dok kat sekolah menengah ni memamg cabaran betul la..

tapi teringin jugak aku nak apply KPLI..mohon jadi cikgu untuk subject matematik..kena fikir panjang ni...nak kursus setahun dengan anak 2 orang..apa perlu aku buat?????... semoga impian aku akan tercapai..nanti..tak tau masanya bila..

abg pulak harini meeting kat kuala klawang, jelebu...minggu depan start penempatan kampung untuk modul peserta DPA..alhamdulilah dapat dekat jempol je..tambah-tambah aku pun nak bersalin dah ni..

Monday, June 14, 2010

minggu ke 37

Dah 37 minggu anak dalam perut ni..bila lah agaknya anak ni nak keluar..aku rasa dah tak sabar-sabar dah nak bersalin..cepatlah sikit keluar..dapatlah cuti rehat panjang sikit..sekrang pun rasa dah takda mood je nak kerja sebab fikir nak bersalin ni….sahabat aku pun dah selamat bersalin..cepat pulak..aku je yang tak bersalin lagi ni..

Minggu lepas aku sempatlah bercuti sehari pada hari jumaat..alhamdulillah dapat settle banyak hal..abang pun ambil cuti sama..kebetulan pulak pengasuh aqil tengah sibuk sebab jiran sebelah rumah buat kenduri kahwin..memang cantiklah ambil cuti pun..

Hari jumaat tu pergi settlekan hal kat BSN dan Bank Islam..pastu sempat lagi ke Giant Senawang jalan-jalan..Aqil seronoklah dia dapat jalan-jalan. Dia memang suka sangat naik kereta dan pergi jalan-jalan.kalau orang tak bawa dia..tengoklah dia menangis dan menjerit-jerit..

Isyhh..boringnya internet ni problem…=(

Sambung cerita pergi jalan-jalan..sempatlah jugak kami ke klinik kat senawang tu untuk buat ultrasound..walaupun dah 37 minggu..takpelah..pergi jugaklah..alhamdulilah doctor pun kata kandungan aku takda masalah dan tunggu masa je nak bersalin..jantina anak ni pun dah dapat engok..insyaALLAH..Aqil akan dapat adik lelaki..takpelah..lelaki lagi..yang penting selamat dan anak ni sihat..

Jumaat malam tu rupanya si zana ni balik kampong..pukul 11 malam baru sampai rumah..si Aqil pulak tak tidur lagi..apa lagi dia main dengan mak lang sampai tak nak tidur..kul 12 lebih baru tidur..itu pun kena paksa..suka betul dia kalau main dengan mak lang dan paksu dia..
Hari sabtu tak pergi mana dan kebetulan pulak ada kenduri kahwin..memang tak leh nak keluar rumah..dapat jugaklah aqil tengok pengantin berarak..mesti dia terkejut sebab first time dia tengok orang berkompang..hehe.. hari tu jugak dah siap pasang pemanas air kat bilik air..alhamdulilah..mudahlah pasni nak guna air panas..terutamanya masa dalam pantang nanti..

Hari ahad kami bangun lewat lagi..tapi pas bangun tidur tu..aqil dengan ayah dia buat aktiviti lah..apa lagi..aktiviti membasuh kereta..kali kedua aqil buat aktiviti ni..seronok sungguhlah dia kalau main air..

Mak dan ayah pulak sempat sembelih ayam kampong dan masak lemak cili api..fuhh..lama tak makan..makan banyaklah hari tu..aqil pun makan banyak jugak..sampai dia tidur lena lah malam sebab kenyang..petang pas asar abg bertolak balik ke KL macam biasa..rasa kejap sangat cuti ni..tak terasa betul masa berlalu bila waktu yang ada dapat dihabiskan bersama-sama keluarga..

Malang..

Kenapalah hari ini aku rasa sungguh malang..datang-datang kerja macam-macam masalah..rasa takde mood nak datang kerja..

Datang-datang kerja, laptop buat hal pulak..skrin taknak hidup..puas aku buat macam-macam cara tapi skrin still tak nak hidup..tak tau la apa masalah..dah kerja aku terbantut..juruteknik pulak tak datang..connection internet satu apa pun aku tak dapat..mana tak tensionnya..dahlah time cuti sekolah ni..sekolah pun sunyi je..takde sapa pulak tu..

Pukul 10 pagi perut dah lapar..apa lagi aku pun balik rumah lah nak makan..kat sekolah takde apa pulak tu..terpaksalah aku keluar cari makanan..

Balik rumah mak pulak gitau yang si Aqil ni bangun tidur teringat kat ummi pastu menangis tak berhenti..dengan sapa pun dia tak nak..Aqil..Aqil…macamnalah kalau ummi takde agaknya..sempatlah aku nyusukan dia..habis jugaklah susu sebotol..pastu terus pergi kerja balik..tak sempat nak makan kenyang-kenyang..

Sampai sekolah..nak tunggu pukul 1 tu aku sempatlah belajar guna Visual Basic..latihan-latihan asas..tapi perut tak payah cakaplah laparnya mcamna dengan anak dalam perut ni yang dok mengeras dan gerak-gerak…

Heiii…wireless kat sekolah ni pun satu lah..connection kat computer ni ada..tapi kenapalah tak dapat-dapat nak connet..asyik problem je..signal dah good tapi tak dapat jugak connect..

Thursday, June 10, 2010

Aqil and the big ball..


Inilah bola besar Aqil yang baru..sempat lagi Aqil "pau" atok dan nenek dia masa pergi pasar malam hari isnin lepas..Aqil ni memang pantang kalau nampak bola..pergi mana je pun kalau nampak bola mesti dia nak jugak..terutamanya kalau pergi pasaraya lah..mahal jugaklah bola ni walaupun beli kat tapak expo..rm25 tuh..

Wednesday, June 2, 2010

cerita hujung minggu..

gambar di rumah sewa di bandar tun razak

jumaat lepas adalah cuti wesak..alhamdulilah dapatlah berkumpul dan sempat pergi jalan ke KL lagi..macam biasa abg balik ke kampung..petang khamis dah sampai rumah..dan petang tu jugak aku dan aqil ikut abg pergi ke KL tidur di rumah sewa kami di bandar tun razak.


hari jumaat sempatlah kami ke Mines dan SOGO..huuhh..sale melambak-lambak di mana-mana sahaja.. tapi jenuh juga menjaga aqil yang semakin lasak dan aktif ni..kalau berjalan tak nak pegang tangan ummi dan ayah..nak berjalan sendiri..kalau ambil dia..meronta-ronta dan menjerit-jerit dia nak turun..aku dah tak larat dah nak jaga dia...nasib baiklah ayah dia sanggup melayan si Aqil ni..


siap duduk atas lantai lagi si Aqil ni..



masa ni kat mines..nak jalan sendiri je..



geli hati si Aqil ni tengok anak patung kucing yang boleh bergerak sendiri..



hari sabtu keluarga dari Kedah turun ke KL sebab nak pergi kenduri kahwin sepupu di wangsa Maju..kenduri hari ahad, tapi hari sabtu tu depa berehat je lah sebab penat travel..




Aqil ready untuk panjat..


Danish, Danial dan Aqil..

Apa lah yang Aqil cakap kat Danial tu..


Aqil dan Danish..membesar bersama..

Bergambar bersama tok wan..

lama dah tak jumpa keluarga sebelah kedah ni..untuk tahun ni boleh dikira berapa kali je balik ke kedah..kalau tahun lepas memang tak terkira lah sebab masa tu aku jadi surirumah..ikut je lah abg ke mana sahaja..tapi tahun ni dah start kerja..memang tak pergi ke mana pun lah..

kenduri di wangsa maju..




"Ayah..Aqil nak main kat sana tuh.."


"cepatlah ayah.."

Masa ni dah sudah makan..tapi pengantin tak sampai lagi..nasib baik ada surau ni..dapatlah jugak berehat kat sini sementara nak tunggu pengantin sampai..Aqil kira macam biasalah..nak main je dan tak reti dok diam..


Aqil dan ummi..


pengantin yang dirai..

Aqil kipas perut..



bergambar bersama danial masa kat surau sek10 Wangsa Maju..



Anak ummi dan ayah..



Aqil kat kedai makan..

Aqil dan ayah time kenduri kahwin...


bergambar bersama abah, mak, kak wati dan danial..



minggu ke 36

harini masuk 36 minggu..petang ni kena g check up kat klinik dan pastu pergi jumpa doktor.. tak taulah apa pulak masalah kali ini..harap-harap semuanya ok..badan pun dah start sakit-sakit.. anak dalam perut pulak makin kerap bergerak dan mengeras..tak lama je lagi rasanya nak bersalin..badan dah mula cepat letih dan pening kepala..hmm..macam-macam la ragam orang tengah mengandung ni..yang pastinya..perutku sudah semakin tegang..huhu..

minggu depan start cuti sekolah..sunyi jugaklah sekolah ni nanti..tapi aku seperti biasa perlu meneruskan tugasku..

alhamdulilah program semalam berjalan lancar..cuma kehadiran peserta je kurang sambutan..yang datang pun 7 orang je..tapi dibantu dengan fasi-fasi iaitu cikgu-cikgu sekolah ni..semuanya dapat berjalan lancar..