Monday, March 22, 2010

Aktiviti Cuti Sekolah

LoveMyProfile.com




Harini..dah start keje balik..budak sekolah pun dah pun bersekolah semula..sepanjang minggu lepas sunyi je sekolah dan aku pun sempatlah mengambil cuti sehari untuk round2 KL dengan abg n aqil..

alhamdulilah, aqil dah pun sihat dari demam..cuma cirit birit ada sikit lagi..pagi ni abg dah pun hantar sample najis aqil ke klinik kesihatan..tunggu result je la..harap2 takde la apa2..

Perjalanan round2 KL mmg memenatkan..tp alhmdulillah..masa yg ada ni la untuk dihabiskan bersama keluarga tersayang...


hari khamis petang..kami dah pun bertolak ke KL..jumaat petang kami pg motherhood expo di mid valley..


abg dan aqil di mid valley



pas jalan2 kejap kat mid valley, kami pun pergi ke Pesta Buku di PWTC..sempat jalan2 sekejap je..aqil dah menjerit2..pastu terus balik ke rumah.

pagi esoknya..awal2 lagi dah keluar..pagi ke aquaria KLCC..dapatlah si Aqil ni tengok macam2 jenis ikan kat aquaria ni..



dalam aquaria KLCC



pas pergi KLCC, kami pegi putrajaya pula..makan2 kat alamanda..pastu pergi masjid putra..seronok betul aqil dapat menjelajah putrajaya..















pas jalan2 putrajaya...terus balik ke KL semula..malamnya pergi tesco sekejap cari barang..penuh aktiviti seharian sabtu lepas..memang penat...tapi aqil seronoklah..

hari ahad..bersiap2 untuk balik semula ke kampung..tapi sempat lagi jumpa sahabat sahabiah di perjumpaan alumni dan makan di kenduri kahwin seorang sahabat di hulu langat...

alhamdulilah..perjalanan cuti kali ini berjalan baik dan bertepatan dengan perancangan yg telah ALLAH aturkan..

buat AQIL..permata hati ummi dan ayah..tiada yang lebih indah dan menyenangkan hati ummi dan ayah selain melihat aqil membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat..

No comments: