Tuesday, March 30, 2010

Aqil yang semakin cerdik

Aqil naik lori kecil


Aqil main hp nenek

dengar lagu kat hp nenek


khusyuk tengok hp nenek



selimut dengan kain pelikat ayah..rindu kat ayah..

Alhamdulillah..Aqil dah pun masuk 1 tahun 3 bulan minggu ni..alhamdulilah Aqil dapat membesar dengan sihat dan dikurniakan aqal yang baik oleh ALLAH..cuma bila makin besar ni..makin banyak main..badan pun nampak kurus ditambah pulak badan dia yang tinggi macam umur dah 2 tahun..hehe...takpe la..yang penting Aqil sihat..

seronok tengok gelagat Aqil yang ringan mulut..bercakap pun taklah pelat sangat..kalau dengar lagu, pandai sangat nak goyang badan (rasanye takde sape yang ajar)..inilah Aqil..sangat ringan mulut dan suka tegur sapa saje yang dia kenal..

kalau aku balik kerja..mesti tak sabar nak jemput Aqil kat rumah pengasuh dia..seronok tengok Aqil bercakap..kalau pergi ambil Aqil kat rumah pengasuh dia..dari jauh nampak..dia dah menjerit sambil berlari-lari panggil.."ummiiiiii..ummiiiiii..."..

kegemaran Aqil:
> bermain bola..(Aqil sebut 'ball')..koleksi bola Aqil dah lebih 10 biji
> bermain motor mainan..koleksi motor dah ada 3 buah termasuk motor yang boleh gerak sendiri..
> kalau nampak orang makan..perkataan yang selalu disebut ialah.."naaakk"..
> suka panggil nama "atuuuukk....neneeeeekkkk....adiiiiikkk" kalau nampak atuk,nenek dan paksu dia..
> suka main hp terutamanya hp nenek untuk dengar lagu..

Wednesday, March 24, 2010

check up 25 minggu..

LoveMyProfile.com

18 Mac 2010..

sempatlah aku ke klinik desa untuk pemeriksaan ibu mengandung..masa tu dah 25 minggu..alhmdulilah, aku takde masalah apa..cuma yang terkejutnya berat aku tak naik..kandungan dah 6 bulan pun tak naik..sepatutnya dah naik lebih kurang 5kg.. ehm..problem...problem..

pastu nurse suruhla pegi jumpa doktor..petang tu jugak aku pergi dan kebetulan abg pun baru sampai dr KL dan kami pun nak bawa aqil pegi check up sebab dah seminggu lebih cirit birit..

doktor pesan suruh jaga makan dan makan makanan berkhasiat..ehm..aku sebenarnya seolah-olah terlupa yang aku ni mengandung..mungkin disebabkan sibuk kerja dan tumpuan aku pada aqil..ye la..nak kena jaga anak ni..suami plak dok jauh..

kalau 1st pregnant abg ada..semua nak mesti dapat..nak makan apa saja..semua boleh..tapi bila dah dok asing ni..semua terpaksa berdikari sendiri..tu yang sampai terlupa jaga diri sendiri..

risau jugak bila doktor cakap berat tak naik akan bagi kesan sampingan pada anak dalam kandungan...=( doktor kata takut banyak masalah bila anak lahir...apa yang boleh aku buat???

ya ALLAH berilah hambaMu ini kekuatan..

cerita tentang blog..

langkah Aqil menuju ke rumah ALLAH..

Tujuan aku menulis dalam blog ni adalah untuk menyimpan kenangan sepanjang perjalanan hidupku sendiri..untuk tatapan keluarga teutamanya suami dan anak-anakku nanti..sahabat2 dan sesiapa sahaja...

kehidupan ni punya macam2 cerita tersendiri..jadi inilah cerita kehidupan aku..itupun yang sempat aku catatkan selepas mempunyai seorang anak..=)

aku tak pandailah nak berbicara lebih2..memberi takzkirah..tapi ini sahajalah yang mampu aku kongsikan..

kehidupan dunia..



sebenarnya, tak tau nak tulis apa harini..semalam sempatlah aku bercuti dan membawa aqil ke klinik desa..

alhmadulillah..dari hari ke hari aqil semakin cerdik dan berakal..nama pun AQIL.. semoga bila dah besar nanti jadi orang yang berakal, berilmu, cerdik dan beriman kepada ALLAH..

cakap pun pandai..cuma aqil ni kuat nangis je...macam aku dulu la kot..mak pun cakap..aku masa kecik2...suka nangis..adalah yang mengikutnya.. takpelah..yang lebih penting semoga aqil dapat membesar dengan sihat dan mendapat didikan yang sempurna..


Bukan mudah rupanya nak mendidik dan membesarkan anak ni..bila ada anak sendiri barula rasa macamna beratnya tanggungjawab dan amanah dari ALLAH ni..kalau boleh memang kita nak semua sempurna...tapi bila fikir2 balik..kita ni cuma manusia biasa-biasa je..bukan manusia luar biasa..banyak buat kesilapan dan kesalahan...ya ALLAH..bimbinglah aku menempuh kehidupan dunia ini..

Monday, March 22, 2010

Aqil Fairuz









Inilah anakku Muhammad Aqil bin Mohd Fairuz.. dilahirkan seberat 3.02kg pada 21 disember 2008 jam 1.57pm di Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan..

Aktiviti Cuti Sekolah

LoveMyProfile.com




Harini..dah start keje balik..budak sekolah pun dah pun bersekolah semula..sepanjang minggu lepas sunyi je sekolah dan aku pun sempatlah mengambil cuti sehari untuk round2 KL dengan abg n aqil..

alhamdulilah, aqil dah pun sihat dari demam..cuma cirit birit ada sikit lagi..pagi ni abg dah pun hantar sample najis aqil ke klinik kesihatan..tunggu result je la..harap2 takde la apa2..

Perjalanan round2 KL mmg memenatkan..tp alhmdulillah..masa yg ada ni la untuk dihabiskan bersama keluarga tersayang...


hari khamis petang..kami dah pun bertolak ke KL..jumaat petang kami pg motherhood expo di mid valley..


abg dan aqil di mid valley



pas jalan2 kejap kat mid valley, kami pun pergi ke Pesta Buku di PWTC..sempat jalan2 sekejap je..aqil dah menjerit2..pastu terus balik ke rumah.

pagi esoknya..awal2 lagi dah keluar..pagi ke aquaria KLCC..dapatlah si Aqil ni tengok macam2 jenis ikan kat aquaria ni..



dalam aquaria KLCC



pas pergi KLCC, kami pegi putrajaya pula..makan2 kat alamanda..pastu pergi masjid putra..seronok betul aqil dapat menjelajah putrajaya..















pas jalan2 putrajaya...terus balik ke KL semula..malamnya pergi tesco sekejap cari barang..penuh aktiviti seharian sabtu lepas..memang penat...tapi aqil seronoklah..

hari ahad..bersiap2 untuk balik semula ke kampung..tapi sempat lagi jumpa sahabat sahabiah di perjumpaan alumni dan makan di kenduri kahwin seorang sahabat di hulu langat...

alhamdulilah..perjalanan cuti kali ini berjalan baik dan bertepatan dengan perancangan yg telah ALLAH aturkan..

buat AQIL..permata hati ummi dan ayah..tiada yang lebih indah dan menyenangkan hati ummi dan ayah selain melihat aqil membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh di dunia dan akhirat..

Monday, March 15, 2010

Ulangtahun ke dua


Selepas akad nikah 15 mac 2008


Alhamdulilah...harini genap 2 tahun usia perkahwinan kami..alhamdulilah ALLAH masih panjangkan jodoh kami..doaku semoga ikatan perkahwinan kami ini akan berkekalan di dunia dan akhirat..

Catatan hujung minggu..


Aqil demam panas


Aqil demam panas start hari khamis..hari jumaat esoknya abg terus amik cuti dan balik ke kg tgk aqil..kali ni abg balik bawak mak dan abah (kedah)..kebetulan diorang mmg datang KL tengok tok dan tok wan di cheras yang tak berapa sihat..


mulanya kami rancang nak jalan-jalan ke melaka hari sabtu bawa mak dan abah tapi malam tu pulak aqil demam panas dan suhu tinggi..dan paling tak bestnya aqil dah menggigil..kesian aqil..takutnya aqil masa tu kena sawan demam lagi..dah lap badan dia terus pegi bawa aqil ke hospital pukul 1 pagi...nasib baik dah ok sikit, jumpa doktor dan amik ubat demam..kebetulan aqil pun memang cirit birit..kesian aqil..risaunya bila tengok aqil demam..


seharian kami semua duduk di rumah..tak keluar ke mana..siang pulak banyak tido sebab malam berjaga aqil demam..keluar jalan pun pegi juasseh umah paksu abah je..itupun pas asar..siang badan aqil ok..tapi malam badan dia mesti panas..harap-harap aqil takde apa..


hari ahad abg balik ke KL dengan mak dan abah...aqil dah sihat sikit..tapi malam tadi panas balik badan aqil..kenapalah agaknya..


harini pergi keja..mak jaga aqil..kebetulan mak cuti keja..aku pegi keje pun rasa tak best je teringat aqil yang demam..=(


Ya ALLAH kurniakanlah kesihatan yang baik pada anakku, Muhammad Aqil..



Sempat lagi pegi pasaraya bawa Aqil



Wednesday, March 10, 2010

Palestine..

Minggu ke 24

Gambar diambil 24 Jun 2009 di RnR Tapah Utara



Hari ini masuk minggu ke 24 kandungan..bermakna tinggal lebih kurang 3 bulan Aqil bakal dapat adik..insyaALLAH.. perut pun dah mula nampak besar sikit..


bertambah ahli keluarga baru bermakna bertambahlah amanah, bertambahlah tanggungjawab, bertambah kos hidup dan mudah-mudahan bertambahlah rezeki..=)


masa muda ni la masih diberi kekuatan untuk membesarkan anak sendiri..bila dah tua, harapnya anak2 la yang akan menjaga kita dan mendoakan kita sebagai ibu bapanya..


semoga anak-anakku menjadi anak yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat..

Aktiviti Aqil waktu petang

Inilah aktiviti-aktiviti Aqil setiap petang di rumah lepas ummi balik kerja..antara aktiviti yang Aqil lakukan ialah..

tido dalam buai

main gitar dengan paksu



main kuda yang atuk beli




main bola kat laman rumah


Berehat saje dalam rumah





naik kereta Aqil sambil jalan-jalan kat luar rumah


Menyiram pokok bunga dan pokok rambutan atuk

kemas barang-barang kat luar rumah


macam-macam aktiviti Aqil ni..sementara nak besar ni..memang dah tak reti dok diam..




Open Your Eyes




















Monday, March 1, 2010

Selamat Hari lahir..

LoveMyProfile.com







Alhamdulilah, syukurku kehadrat ALLAH kerana masih diberi nikmat kesihatan yang baik pada hari ini..alhamdulilah, aqil dan abang pun sihat..cuma cuaca panas ni sememangnya menguji..

hari ni 1 mac 2010, genap abg berusia 27 tahun..selamat hari lahir abg.. semoga abg dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang banyak lagi berkat dan halal, dikurniakan kesihatan yang baik, hidup diberkati ALLAH dunia akhirat..semoga abg mampu menjadi ayah yang baik dan suami yang soleh..amin..




LoveMyProfile.com