"Tuliskan rancanganmu dengan pensel, kemudian serahkan pemadamnya kepada ALLAH. Biarkan ALLAH memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.."
Monday, November 15, 2010
2 hari sebelum kejadian..
sebenarnya hari sabtu sebelum aqil ditahan di wad hospital..aku, abg dan aqil sempat ke shah alam untuk membeli barang..
aku bercadang untuk membeli pam susu elektrik disebabkan haziq yang semakin kuat menyusu dan stok simpanan susu hampir habis...abg pula kebetulan bila masuk tempat kerja baru dan banyak outstation perlukan laptop baru untuk guna.. jadi kami ke shah alam pagi sabtu tu.. kebetulan hari tu memang abang pun demam panas dan batuk...tapi abg gagahkan juga diri...
alhamdulilah, hari tu dapat juga aku membeli pam elektrik dengan belanja rm600.. abg pun berpuas hati dengan laptop barunya..
tapi siapa sangka bila hari isninnya aqil dimasukkan ke wad hospital dan demam yang berjangkit-jangkit hingga seisi rumah demam...akhirnya susu simpanan haziq habis juga walaupun aku dapat juga pam susu di hospital...rupa-rupanya aku terlambat membeli pam ni..bila dah jadi keadaan macam ni baru kita tau kenapa perlu ada stok susu ibu banyak-banyak....
ya ALLAH..aku bantulah aku untuk memberi anakku dari susu badan ku sendiri.. ya ALLAH..murahkanlah rezeki haziq supaya dia dapat menyusu sepenuhnya susu ibu sehingga umur 2 tahun.. aku telah berusaha ya ALLAh..Kau permudahkanlah..
No comments:
Post a Comment