inilah cerita sedih hari raya kali ini..
hari raya ketiga di rumah sg petani..macam biasalah si Aqil ni memang lasak..tengah main basikal sorng-sorang pun dia boleh terjatuh..apa lagi sampai terbelah dagu dia..punya kalut abg tengok darah dan aqil menangis kuat..terus cepat-cepat pergi hospital sungai petani..tambah kesian..aqil nak kena tunggu giliran lagi..sampai tertidur aqil..
aku tak berkesempatanlah nak ikut ke hospital sebab jaga haziq..tapi bila dengar abg cerita pun kesian kat aqil..menjerit-jerit menangis bila MA jahit dagu dia..kena 3 jahitan..
tapi yang syoknya..balik dari hospital terus nak main..siap ketawa2 lagi..pujuk tidur tak nak..dah lama tu baru la dia tidur masuk buai..sebut tentang buai..aqil ni tak boleh berpisah langsung dari buai..berat dah 13 kg..spring buai pun boleh putus dan spring habis tegang dah sebab dia dah besar..nasib baik haziq ni tak ajar buai..kalau tak jenuhla dua-dua nak buai.
selepas 5 hari baru boleh buka benang jahit kat dagu aqil..itupun buat kat klinik jempol ni..menangis la aqil sekali lagi..tapi yang kali ni bukannya sakit..cuma dia je takut..masa jahit tu memang jangan cakaplah sakitnya..
No comments:
Post a Comment