"Tuliskan rancanganmu dengan pensel, kemudian serahkan pemadamnya kepada ALLAH. Biarkan ALLAH memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.."
Tuesday, August 24, 2010
Ramadan yang mulia..
alhamdulilah..harini dah masuk 14 ramadan..baru aku berkesempatan nak update blog ni.. hari tu masuk je kerje lepas habis pantang 44 hari..banyak sangat kerja yang nak kena dibuat..banyak yang tertinggal..alhamdulilah..buat perlahan-lahan..akhirnya dapat juga dikerjakan..
sejak dah ada dua orang anak ni..rasa makin lama makin banyak kerja nak kena buat..rasa takde masa rehat langsung..penatnya badan hanya ALLAH sahaja lah yang tahu..tapi nak buat macamana..kena kuatkan juga semangat..dan mohon kekuatan dan kesabaran dari ALLAH semoga dipermudahkan urusan..
alhamdulilah..masa awal-awal dulu takut juga bila fikir mampukah aku hadapi semua ini..tapi bila dah laluinya..terasa ALLAH banyak mudahkan urusan..alhamdulillah..hati terasa lapang..
dalam bulan puasa ni, mak dan ayah tolong jaga haziq..aqil pula hantar ke rumah pengasuh..lepas raya ni mak dah cuti panjang..bolehlah mak jaga haziq..
tiada apa yang dapat aku gambarkan selain rasa syukur yang tidak terhingga sebab ALLAH dah mudahkan urusan..
No comments:
Post a Comment