Thursday, September 25, 2014

Anak-anak di bilik mainan

Bilik tingkat atas ni sengaja aku khaskan untuk mainan mereka sahaja. Sebabnya mainan sudah terlampau banyak dan diorang memang suka sepahkan mainan lepas tu tak nak kemas.. memang pening kepala aku bila tengok mainan diaorang bersepah-sepah di tingkat bawah.




semua benda nak masuk mulut


Haikal pun sibuk nak main sekali








30 minggu usia kandungan

Alhamdulillah...semalam selesai check up perut dan bawa Haikal sekali untuk check up dengan ditemani abg dan Haziq.

Alhamdulillah lega bila nurse bagitahu yang result minum air gula aku adalah normal... bacaan darah lepas minum air gula hanyalah 6.2..syukur alhamdulillah Allah dah permudahkan urusan..tak perlu lagi aku ulang untuk minum air gula dan bebas dari kencing manis..berat naik pulak 1.2kg dalam masa 2 minggu...banyak juga tu..harap-harap anak dalam kandungan ni sihat la sampai lahir dan besar...

Hari ni juga hari gaji..apalagi selesaikan semua bil syabas, tnb dan Astro.. terasa lama betul nak tunggu gaji bulan ni...tapi alhamdulillah masih cukup belanja walaupun terpaksa korek semua duit tabung..

Haikal pun tengok dah beransur sihat..cuma antibiotik baru je selesai dan ubat titis telinga masih kena habiskan untuk 10 hari..selesema  dia tengok dah mula kering.. cuma sekarang ni nak mandikan Haikal kena hati-hati supaya air tak masuk dalam telinga. Risau juga kalau selesema akan jadi balik telinga bernanah dia. Semoga Haikal sembuh sepenuhnya..



Tengah seronok nak main sekali

Monday, September 22, 2014

Haikal belum sihat

Pagi tadi kami ke Klinik Pakar ENT Hospital Putrajaya sebab nak bawa Haikal untuk rujuk pada pakar. Selepas seminggu Haikal sihat bila mula antibiotik dari Klinik Kesihatan Presint 9, Haikal mula batuk selesema semula.. baru seminggu sihat.. Elok-elok habis antibiotik mula balik batuk selesema.. Lepas seminggu batuk selesema, telinga Haikal pula bernanah. Dua hari keluar nanah lendir bila dia tidur mengiring. Sabtu lepas keluar nanah waktu bangun tidur tengahari, kami pun teruslah ke klinik. Doktor suruh rujuk ke Klinik Pakar Hospital Putrajaya. Tapi petang tu, nampak makin banyak pula nanah dalam telinga dia sampai nampak berlendir lubang telinga dia.

Lepas Maghrib, abg bawa Haikal ke Unit Kecemasan Hospital Putrajaya. Doktor suruh ambil darah dan alhamdulillah normal. Doktor suruh juga rujuk pada Klinik Pakar Hospital Putrajaya pada hari Isnin memandangkan hari Sabtu tak buka. Tapi Haikal dah kena mula antibiotik yang aku kira kali ke 4 dalam tempoh sebulan.

Patutlah dia demam batuk dan selema tak boleh nak sembuh. Doktor cakap ada kebarangkalian jangkitan pada telinga dia punca dia demam batuk selesema yang berulang-ulang. Biasanya kanak-kanak memang akan dapat jangkitan telinga @ Otitis Media ni terutamanya yang selesema lama..Kesian Haikal.. lepas satu, satu masalah yang datang. Harapnya takdelah yang serius..

Sekarang ni kena mula ubat titis dalam teling dia selama 10 hari..huhu...harapnya ok la lepas ni..

Keletihan sebab dari pagi sampai tengahari di Hospital Putrajaya

Sunday, September 21, 2014

Anak-anak di Program "Take A Break..Read!"

Seawal Jam 8.30 pagi kami dah bersiap untuk hantar Aqil ke Dataran Putra sebab dia kena join program untuk slot "Story Telling" dengan Tan Sri Ali Hamsa..


Tunggu masa nak naik pentas


Masa atas pentas dengar Tan Sri bercerita




Haziq dengan Upin..


Sementara tunggu abg Aqil..


Dahaganya..

Wednesday, September 10, 2014

Tinggal ummi dan anak-anak malam ni...

Harini abg ke kota kinabalu sehingga malam esok...jadi malam ni terpaksalah sorang-sorang jaga anak-anak yang tak henti- henti minum susu malam-malam. Penatnya rasa macam nak cuti je esok.

Alhamdulillah Haikal dah sihat. Cuma ada batuk je lagi. Minggu lepas on antibiotik jenis yang kedua. Antibiotik pertama dari klinik Dr Saiful sebab demam dan tekak merah. Dah la sebelum tu 3 kali amik neb sebab dah semput banyak kahak. Dah elok demam tiba-tiba berak najis dia ada darah dekat 3 4 hari baru hilang. Itupun lepas x ray dan ambil darah kat hospital Jempol. Itupun doktor nak tahan wad 5 hari sebab nak futher check up. Tapi alhamdulillah result xray normal. Darah pun normal. Jadi kena on antibiotik kedua sebab takut ada sikit jangkitan pada usus. Tapi yang bagusnya dia berak memang banyak keluar lendir. Lega tengok sebab lendir dan kahak dia keluar. Dah habis antibiotik  tu.. Haikal  demam balik.  3 hari demam lepas tu ambil darah lagi. Menangis-nangis la dia kena cucuk. Doktor suruh on antibiotik ketiga sebab darah dia ada jangkitan alhamdullah demam dia ok. Sekarang dah sihat.

Semalam pula dari pagi sampai tengahari aku kat klinik kesihatan presint 9 sebab ada check up dan minum air gula...nak termuntah rasanya..keputusan pulak tak keluar lagi harini. Macamanalah agaknya.