Thursday, March 6, 2014

Takaful untuk anak-anak

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk ambil takaful untuk anak-anak. aku ambil medical card dan simpanan dari kawan baik yang kini dah jadi bos di company PruBSN Takaful. Setiap bulan akan potong rm520 untuk 3 orang anak dan diri aku. cuma abg je la yang belum ambil takaful tu. memang dah lama sebenarnya untuk ambil takaful untuk anak-anak, baru sekarang dilapangkan rezeki..alhamdulillah...




Kesihatan anak-anak

Alhamdulillah anak-anak sihat cuma Haikal yang batuk dan selsema dah hampir seminggu lebih.

Selepas semua anak-anak sihat dari demam dan cirit birit tu, Haziq dan Haikal kena batuk pula sebab berjangkit dari ayahnya.. abg pun siap pergi klinik untuk ambil ujian darah, xray dan test tibi sebab takut ada jangkitan tibi. alhamdulillah semua keputusan adalah normal. tapi selepas tu berjangkit pula pada anak-anak. Haziq dan Haikal kena makan ubat batuk.

lepas seminggu batuk Haziq dah hilang dengan ikhtiar makan ubat batuk, madu dan vitamin c. tapi Haikal masih ada lagi hingga pagi tadi. bunyi kahak pun banyak sebab dia selsema sekali. ubat selsema memang takde sebab cuma titiskan ubat dalam hidung dan sapu vick balm je. Mula-mula ada kurang, tapi datang semula batuk dan selesema dia. harap Haikal cepat sembuh..