Tuesday, September 24, 2013

Kisah lapor diri

Hari ini hari kedua aku di kementerian kewangan...semalam hari melapor diri. Semalam juga hari pertama baby haikal ke rumah pengasuh. Haziq pun sepatutnya tinggal bersama pengasuh yang sama..tapi disebabkan mak abah masih ada di rumah, jadi haziq duduk rumah je. Alhamdulillah haikal ok semalam di rumah pengasuh. Tak tau macamana pula dengan haziq. Sebab dia belum start letak rumah pengasuh lagi. Esok mak abah akan balik ke kedah. Jadi pagi esok kena berperanglah kejap dengan haziq sementara nak bagi dia biasa duduk rumah pengasuh.
Hari ini pagi-pagi lagi dah hujan lebat. Mujur abg yang hantar. Itupun dah sampai rumah pengasuh tapi bila tengok hujan lebat sangat..kami ambil keputusan supaya abg punch card dulu di ofis. Selepas tu baru patah balik ke rumah pengasuh. Alhamdulillah dah reda sikit hujan. Lepas tu baru abg hantar aku ke ofis ditemani aqil.
Hari ini aku masih belum dapat penempatan. Jadi dah 2 hari duduk di library ni. Pagi tadi pula ada perhimpunan bulanan. Jadi aku pun join sekali. First time merasa perhimpunan bulanan di kementerian. Menteri kewangan ke2 pun ada. Bila dengar orang berucap panjang-panjang ni memang mengantuklah aku. Kalau dengar tazkirah ustaz ok lagi. Habis perhimpunan bulanan pun dah pukul 10 pagi. Jadi aku terus ke surau untuk mengepam. Sama macam rutin semalam. Aku mengepam di surau hanya 2 kali je sepanjang waktu kerja ni. Nak pam 3 kali susu tak banyak sangat. Adalah dapat 3 botol dalam sehari. Tapi kena gigih tak boleh skip waktu pam. Semoga Allah memudahkan urusanku sepanjang penyusuan selama 2 tahun akan datang ni. Baby haikal pun baru 3 bulan. Panjang lagi masa..

Wednesday, September 18, 2013

Cairkan kahak

Pagi ni aku cuba guna kaedah percussion untuk kuarkan kahak haikal. Aku panaskan air hingga menggelegak dan campurkan sedikit vick baby...pastu telangkupkan dia menghadap wap panas tu selama 5 minit. Keluarla juga sikit lendir melalui hidung dia. Harap-harap cara ni sedikit sebanyak membantu cairkan kahak haikal.


Haikal selepas sesi steam

Air Panas dan vicks

Sunday, September 1, 2013

Aqil di hari sukan

Hari ini hari sukan tadika aqil di bangi. Hanya abg dan haziq je yang pergi temankan aqil ke kompleks sukan tu. Haikal pun masih batuk dan keadaan kat padang pun mesti panas. Tak taula apa aqil nak cerita pada ummi bila balik nanti. Semoga aqil seronok..



Haikal sedut gas di klinik

Semalam kami ke klinik semula untuk berjumpa doktor tentang batuk haikal yang dah hampir 2 minggu. Haikal sedut gas sekali. Menangis juga sepanjang ambil nebulizer tu. Doktor pun tak bagi ubat memandangkan ubat batuk masih ada. Cuma doktor bagi penerangan je la.. doktor tu sendiri tak galakkan ambil antibiotik. Sebab tu aku sendiri tak berani nak bagi haikal makan antibiotik yang doktor bagi masa pergi klinik sebelum ni. Kali ni cuba pergi klinik lain pula.

Ubat cairkan kahak pun sebenarnya tak sesuai untuk bayi. Doktor cakap bayi akan jadi semakin batuk. Patutla aku tengok haikal batuk menjadi-jadi. Malam tadi sebelum tidur dah bagi haikal ubat batuk.