Sunday, August 25, 2013

Bercuti di terengganu

Hari ini masuk hari kedua kami sekeluarga berada di kuala terengganu. Kami menginap di felda residence. Bertolak dari negeri sembilan rumah mak ayah terus ke kuala terengganu. Semalam dan hari ini kami berjalan-jalan sekitar kuala terengganu je. Anak-anak seronok bermain di pantai batu burok, berjalan di Mydin dan Giant..sarapan di masjid kristal...





Esok abg akan mula bekerja. Maka tinggallah aku dan anak-anak dalam bilik hotel ni. Melayan karenah anak-anak dan menjaga baby haikal yang batuk dan berkahak.. sudah seminggu haikal makan ubat batuk. Hari ini masih batuk dan bunyi kahak. Petang tadi sempat kami singgah di klinik dan tambah lagi ubat cairkan kahak untuk haikal. Semoga haikal cepat sembuh. Baru 2 bulan dah kena batuk n selsema.

Mungkin kerana cuaca dan perjalanan kami yang jauh-jauh..aku dan anak-anak semua dilanda batuk sejak selepas raya...raya ketiga je kami dah bergerak ke kedah dari negeri sembilan. Selepas tu ke terengganu dari kedah..balik ke putrajaya...seminggu selepas itu kembali semula ke terengganu..

Di Pantai Batu Burok 

Layankan gambar-gambar semasa di hotel...

Selepas penat bermain, masa untuk tidur

layan tengok video upin ipin kat youtube

Abg-abg nak kacau baby dalam babycot hotel

nak capai nasib baik tak sampai


baru bangun tidur



Selepas ni memang susah nak ikut abg outstation dan duduk hotel macamni lagi sebab aku dah pun bekerja dan aqil pun dah sekolah. kalau sebelum ni memang banyak hotel dah kami pergi bermula dari Selatan, Utara sampailah ke Sabah.. Langkawi pun kami dah sampai sebab semuanya ikut abg bekursus.