Wednesday, July 14, 2010

Pantang 44 hari



sedikit catatan semasa berpantang 44 hari..

berpantang kali ni tak terasa lama langsung..kalau dulu memang aku agak terasa..tapi kali ni memang sungguh2 aku rasa sekejap sangat..tambah pula hari ke 45 aku dah kena mula keje..

alhamdulilah..ALLAH kurniakan kesihatan yang baik hingga aku boleh bekerja seperti biasa pada hari yang ke 45..

tempoh berpantang kali ni aku anggap kena berdikari sendiri..mana tak nya..kat rumah cuma tinggal aku, abg, aqil dan haziq..wan takde duduk rumah mak ngah..mak pula kerja balik malam..

pas habis berurut selama 5 hari..cukur rambut haziq dan tahnik oleh bidan pada hari ke 7.. menjadi rutin aku lah yang memandikan haziq setiap pagi dan petang..kadang-kadang kena masak sendiri kalau mak tak hantar lauk..basuh baju, pinggan mangkuk, botol-botol susu aqil..semuanya kena buat sendiri.. dengan aqil yang semakin cergas dan lasak..memang menguji kesabaran masa dalam pantang ditambah dengan badan aku yang masih belum kuat..sampaikan 2 hari jugak aku demam..orang kata bentan..demam menggigil jugak aku..alhamdulilah, abg ada tolong jaga aku dan anak-anak..

sepanjang berpantang..jamu apa pun aku tak makan..aku cuma minum air ikan haruan..tu je la..nak makan ubat takut kesan pada haziq yang kena jaundice..takpelah..yang penting sihat..dan jaga makan..alhamdulilah, susu untuk haziq pun banyak..sempatlah aku buat stok untuk kerja nanti..aqil pun dapatlah berkongsi susu badan dengan haziq..rezeki untuk haziq dan aqil..

No comments: