Wednesday, July 14, 2010

Pantang 44 hari



sedikit catatan semasa berpantang 44 hari..

berpantang kali ni tak terasa lama langsung..kalau dulu memang aku agak terasa..tapi kali ni memang sungguh2 aku rasa sekejap sangat..tambah pula hari ke 45 aku dah kena mula keje..

alhamdulilah..ALLAH kurniakan kesihatan yang baik hingga aku boleh bekerja seperti biasa pada hari yang ke 45..

tempoh berpantang kali ni aku anggap kena berdikari sendiri..mana tak nya..kat rumah cuma tinggal aku, abg, aqil dan haziq..wan takde duduk rumah mak ngah..mak pula kerja balik malam..

pas habis berurut selama 5 hari..cukur rambut haziq dan tahnik oleh bidan pada hari ke 7.. menjadi rutin aku lah yang memandikan haziq setiap pagi dan petang..kadang-kadang kena masak sendiri kalau mak tak hantar lauk..basuh baju, pinggan mangkuk, botol-botol susu aqil..semuanya kena buat sendiri.. dengan aqil yang semakin cergas dan lasak..memang menguji kesabaran masa dalam pantang ditambah dengan badan aku yang masih belum kuat..sampaikan 2 hari jugak aku demam..orang kata bentan..demam menggigil jugak aku..alhamdulilah, abg ada tolong jaga aku dan anak-anak..

sepanjang berpantang..jamu apa pun aku tak makan..aku cuma minum air ikan haruan..tu je la..nak makan ubat takut kesan pada haziq yang kena jaundice..takpelah..yang penting sihat..dan jaga makan..alhamdulilah, susu untuk haziq pun banyak..sempatlah aku buat stok untuk kerja nanti..aqil pun dapatlah berkongsi susu badan dengan haziq..rezeki untuk haziq dan aqil..

Saturday, July 3, 2010

Demam kuning..

muka haziq pun nampak kuning


haziq kena tahan wad di hospital Jempol pada sebab bacaan TSB yang tinggi 265..sehari bermalam di hospital..


Masa berpantang kali ini terasa cepat benar masa berlalu..sedar-sedar dah pun habis pantang.. alhamdulillah..abg pun dapat 3 minggu berada kat n9 ni..ditambah pulak haziq kena demam kuning yang agak panjang..prolonged jaundice.. kesian haziq kena banyak kali ambil darah..seingat aku dekat 15 kali juga..dan hampir setiap hari ke klinikdan kesihatan hospital....nasib baik abg pun ada..jadi setiap kali tu la abg yang teman ke klinik sampai doktor pun dah kenal la kami ni..

alhamdulilah..jaundice haziq hilang pas sebulan dan takde masalah apa-apa jangkitan..cuma haziq sempat kena tahan wad sehari sebab jaundice..kena duduk bawah lampu la..

macam-macam ikhtiar kami buat.. mandi herba cina, mandi daun pokok dukung anak, pokok inai, daun kucai, beli ubat titik dalam mulut kat klinik, jemur kat matahari..lama jugak baru hilang..takpelah..ujian la ni..nak tengok kita sabar atau tak..nurse siap tiap2 hari datang rumah.. alhamdulilah ada nurse yang banyak menolong aku masa haziq kena jaundice..

Friday, July 2, 2010

Cukur Rambut..


sebelum cukur rambut


selepas cukur rambut

haziq tahnik dan cukur rambut pada hari ke 7 kelahiran oleh bidan..

Thursday, July 1, 2010

Presenting..




Muhammad Haziq bin Mohd Fairuz dilahirkan pada 22 Jun 2010, 3.1kg bersalin normal pada 12.45 pm di Hospital Jempol, Negeri Sembilan.