Thursday, April 30, 2009

Detik-detik kelahiran aqil

alhamdulilah, melahirkan aqil..aku tak menghadapi sebarang komplikasi dan dapat bersalin dengan selamatnya secara normal..

pengalaman pertama..

inilah pengalaman pertama aku melahirkan anak..dengan izin Allah jua aku dapat mengandung dan melahirkan aqil dengan selamat..syukur padaMu ya Allah kerana mengurniakan nikmat yang tidak terhingga ini..

Aqil lahir selepas kandunganku genap 38 minggu..maknanya aku bersalin 2 minggu awal dari jangkaan doktor..alhamdulillah aku pun masa tu memang dah buat persiapan secukupnya berkat dari doa dan nasihat orang-orang di sekelilingku..

36 minggu..

genap kandunganku 36 minggu aku bercadang untuk berhenti terus dari kerja sebagai programmer di KL..itupun setelah lama memikirkan dan menimbang baik buruknya..takpelah, rasanya inilah pengorbanan yang telah aku buat..ditambah pulak suamiku kebetulan terpaksa outstation ke sabah seterusnya ke johor..jadi risau memikirkan kandungan yang semakin sarat dan bila-bila masa boleh terbersalin..aku teruskan juga niat untuk berhenti kerja dan berehat di kampung..sekurang-kurangnya adalah jugak orang yang boleh tengok-tengokkan..

sepanjang menanti hari bersalin, aku duduk sahaja lah di kampung ni..debaran memang terasa tapi masa yang banyak itulah aku banyakkan berdoa, solat hajat dan baca quran..supaya hati aku tenang untuk menghadapi saat-saat kelahiran..

38 minggu..

hari sabtu, 20 disember 2008..kebetulan abg baru selesai outstation dan berada di kampung..cuma ahad keesokkan harinya abg nak balik ke KL sebab isnin dah kerja macam biasa..

jam 2.00 pagi, ahad 21 disember 2008..tiba-tiba perutku terasa sakit semasa sedang tidur..apa lagi..terjagalah dari tidur..masa tu aku lihat jam baru pukul 2.15 pagi...sakit sekejap..lepastu hilang...aku pun tertidur..selang setengah jam..sakit yang sama datang lagi..sakit di bahagian perut aku..masa tu tak jangkalah memang nak bersalin dah sebab tak ada tanda apa-apa...
sakit tu datang dan hilang..lama-lama sakit makin kerap..sampailah ke pukul 4.00 pagi sakit makin kerap selang 15 minit..aku masa tu rasa pun dah tak tahan..terpaksalah aku kejutkan suamiku yang tengah tidur..last-last dah jam 5.00 pagi dan sakit pun makin kerap..aku kejutkan mak dan ayah pulak..masa tu mak cakap mungkin dah nak bersalin sebab dah sakit perut dan sakit-sakit pinggang.. dalam hati aku berdebar jugak..akhirnya aku tunggu sampai lepas subuh sambil menahan sakit..makcik bidan datang untuk periksa perut dan bagi air penawar.. dia pun semapat pesan supaya banyakkan sabar dan jangan marah-marah.. kuteruskan jugak menahan sakit dan tidak tergesa-gesa ke hospital sebab takde sebarang tanda darah atau air yang keluar lagi..mungkin kontraksi sudah bermula..


bertolak ke hospital..

jam 7.00 pagi selepas sempat aku menunaikan solat subuh..aku dan suamiku pun bertolak ke hospital kuala pilah..alhamdulilah, aku bersyukur sangat sebab di saat aku dalam kesakitan, suamiku sentiasa ada di sisi dan memberi nasihat pada aku..

sampai di hospital, rupanya ada prosedur yang kena aku buat..ditambah pulak bila nurse tahu yang aku nak bersalin anak pertama, memang akan ambil masa yang lama..memang kena tahan sikit..aku kena buat pendaftaran, ujian air kencing, periksa kontraksi..lama la jugak..sambil menahan sakit..rasa nak menangis pun ada..suami kena tunggu kat luar..dah selesai semua tu kena tunggu doktor la pulak untuk periksa bukaan...kebetulan hari tu hari ahad, jadi doktor tak ramai..kenalah menunggu..masa tu aku banyakkan selawat dan istighfar..tak habis-habis aku berdoa dalam hati minta ALLAH permudahkan aku nak bersalin..

jumpa dooktor, bukaan servik baru 2cm..nampaknya aku kena masuk wad la dulu..aku pun terpaksalah berjalan ke wad dengan rasa sakit yang makin kerap tu..sampai di wad dapatlah aku berbaring dan rehat..tapi sakit tetap ada..suamiku pulak tak putus-putus bagi nasihat supaya banyakkan bersabar, istighfar dan selawat..

10.00 pagi,21 disember 2010 - wad bersalin hospital kuala pilah..

tiba-tiba aku terasa basah dan bila ku periksa ada darah yang keluar..terus suamiku memanggil nurse dan bukaanku diperiksa sekali lagi dan sudah terbuka 6cm..masa tu nampaknya agak cepat jugak bukaan servik..jadi doktor nasihatkan supaya aku dimasukkan ke labour room untuk bersalin..perasaan berdebarku semakin kuat..dan sakitku makin tak tertahan..Allah sahaja la yang tahu..

di labour room..

aku terpaksa masuk ke labour room tu keseorangan..suamiku tak dibenarkan pulak masuk..sedihnya..terpaksalah aku menanggung kesakitan keseorangan..hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa sakitnya kontraksi nak bersalin ni..hampir 3 jam aku menahan sakit seorang diri..rasa nak menangis pun ada tapi aku kuatkan hati dan banyakkan doa, istighfar dan selawat..tak putus-putus aku doa ALLAH cepatkan kelahiran anakku..

lebih kurang 1.40pm..doktor kata aku dah boleh nak bersalin..preparation pun semua dah ready dengan doktor dan nurse..aku disuruh meneran..masa tu alhamdulilah suamiku dibenarkan masuk untuk fasa yang kedua - proses bersalin..puas aku meneran beberapa kali tapi masih tak dapat nak bersalin..rupa-rupanya, aku meneran belum cukup kuat..bila nurse, doktor dan suamiku tak putus-putus bagi semangat dan jangan putus asa...akhirnya dapatlah aku meneran dengan semakin kuat..

alhamdulilah..terasa kosong perut bila kepala baby dah mula keluar..pastu aku perlu meneran sikit lagi untuk keluarkan badan baby..alhamdulilah..bila baby dah keluar sepenuhnya dan uri dipotong..doktor tunjukkan baby pada aku dan alhamdulillah, baby sempurna cukup sifat dan anakku adalah lelaki..=) lega rasanya dan syukur pada ALLAH bila semuanya selamat..seterusnya proses untuk mengeluarkan uri dari perutku dan doktor menjahit kawasan yang koyak masa proses meneran..sakitnya hanya ALLAH yang tahu bila terasa jarum masuk ke dalam kulit..sekali lagi kena sabar dan tahan sakit..

alhamdulilah semuanya selesai dan anakku cukup sempurna sifatnya dan sihat tubuh badannya.. syukur yang tak terhingga pada ALLAH..suamiku pun dapat mengazankan anakku..

bermalam di hospital..

hari pertama aku terpaksa bermalam di hospital bersama anakku Muhammad Aqil..sedihnya bila suamiku tak dapat nak temankan kami..rupanya itulah prosedur hospital kerajaan..kalau swasta memang boleh..tapi tak mampu la macam kami ni nak bersalin kat hospital swasta..semuanya aku terpaksa buat sendiri..itulah pengalaman pertama aku yang tak tau apa pun sampai tak tidur malam tu aku dibuatnya....alhamdulilah bila anakku takde sebarang masalah dan boleh keluar hospital keesokkan harinya..

bermulalah episod kehidupanku yang baru bila bergelar seorang ibu..maka tidur malamku pun tidak senyenyak dulu..

No comments: