Wednesday, April 1, 2015

Melawat Tapak Rumah

Hujung minggu yang lepas, kami sempat singgah sekejap ke kawasan rumah yang kami beli di Dengkil. Taman perumahan yang akan naik ni namanya Taman Warisan Putra, Jenderam Hilir, Dengkil. Dekat je dengan Putrajaya. Masih dalam proses pembinaan. Ikut perjanjian akan siap April 2015. Tapi nampaknya kami kena tunggu lagi. Harapan kami dalam sebelum bulan 9 nanti dah boleh masuk rumah baru.




Tuesday, March 31, 2015

Kembali Bekerja

Entri pertama selepas kembali bekerja (2 Mac 2015) setelah cuti bersalin 3 bulan. Alhamdulillah segala-galanya selamat dan berjalan seperti biasa. Naufal dan Haikal dah pun dihantar ke rumah pengasuh bila aku bekerja. Alhamdulillah anak-anak ok di rumah pengasuh. Moga Allah sentiasa pelihara dan lindungi mereka sepanjang aku bekerja. Begitu juga dengan Aqil dan Haziq.

Aqil dah pun masuk darjah 1 di SKPP8(1). Masa pendaftaran masuk pun, semua urusan ayahnya yang uruskan memandangkan aku belum habis pantang masa tu. Haziq pula dapat masuk PASTI 5 tahun depan rumah kami. Dah 4 bulan mereka ke sekolah.

Hari Pendaftaran Darjah 1 pada Januari 2015

Aqi darjah 1                                    Haziq 5 tahun PASTI


Aqil ke kelas KAFA waktu petang

pagi-pagi bersiap ke sekolah dan rumah pengasuh

Sunday, March 15, 2015

Happy 7th Anniversary

Alhamdulillah, hari ini 15 Mac 2015 bersamaan 24 Jamadil Awal 1436H adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7..

Alhamdulillah hidup kami bahagia dengan 4 orang anak yang masih kecil. Kehadiran anak-anak memang menguji fasa kehidupan kami. Membesarkan 4 orang anak-anak yang masih kecil bukanlah mudah kalau tiada kerjasama dan tolak ansur antara kami. Itulah kuncinya selain dari berdoa sepanjang masa agar Allah kurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dalam kebaikan dan dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmat ke atas keluarga kami.

Doaku agar Allah kekalkan kemesraan dan kasih sayang antara kami dan eratkan ikatan hati kami sehingga ke JannahNya nanti.

Gambar Raya 2011..ni je gambar berdua yang kami ada 

Friday, March 6, 2015

Demam yang melanda

Haikal dan Naufal demam hari ini.. Jadi ummi terpaksa ambil EL.. Mula-mula Haikal yang demam lepastu semalam pula Naufal cucuk 3 bulan..Panas jugalah badannya. Bagi makan ubat demam habis diluahnya balik.. Semoga Haikal dan Naufal cepat sembuh.

Nasib dia tak marah letak kain kat kepala

Abang "Kecik" pun demam


Friday, February 13, 2015

Hari ini yang ditangisi

Tarikh 12 Februari 2015 akan sentiasa diingati untuk setiap insan yang pernah mengenali Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tarikh ini adalah tarikh pulangnya Tok Guru ke rahmatullah... Moga roh Tok Guru dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman... Damailah dan rehatlah di sana wahai Tok Guru..

Kematiannya ditangisi...kehilangannya dirindui...


Thursday, December 11, 2014

Hari ke 11 berpantang

Alhamdulillah..hari ini selesai berurut selama 3 hari berturut-turut tukang urut datang rumah. Itupun cari tukang urut dalam facebook. Dari syarikat Bless Beauty Confinement. Syarikat yang keluarkan produk set bersalin Nona Roguy. Aku cuma ambil pakej urut bersalin sahaja. Cas rm70 untuk 1 sesi.

Dengan rasminya, baby ke 4 ini dinamakan Muhammad Naufal bin Mohd Fairuz.. Dicadangkan oleh Tok dan abg.  Muda-mudahan ada keberkatanya. NAUFAL bermaksud pemurah, dermawan.

Selesai menamakan dan tahnik untuk Naufal pada hari ke 7 selepas keluar wad. Cuma masih belum berkesempatan untuk mencukur rambutnya.

Alhamdulillah Naufal tak banyak ragam... sekarang dia masih banyak tidur lagi. Nangis bila nak susu dan bila time mandi. Sebab aku masih belum kuat nak mandikan dia lagi. Mandi pun ala kadar je. Sehari sekali.

Cum yang masih merisaukan ialah kuningnya.. dah 2 kali berulang ke klinik tapi bacaan kuning masih belum turun. Masa keluar wad bacaannya 191. Pergi klinik bacaan naik ke 194. Pagi tadi ambil darah lagi bacaan naik ke 215. Esok kena ulang lagi ke klinik untuk ambil darah. Mujur abg masih cuti lagi.

Memang keempat-empat anak aku semuanya kena demam kuning. Paling lama ialah Haziq sampai kena prolonged jaundice selama sebulan. Jenuh berulang alik klinik di kampung. Kebetulan masa tu abg memang ada keje di kampung. 3 minggu jugalah berulang alik klinik dan ambil sampel bagai. Alhamdulillah semua normal. Cuma masalah Haziq masa tu adalah susah nak buang air besar. Itupun salah satu punca yang kuning susah nak turun. Masa tu berpantang pun rasa kejap je sebab ulang alik klinik je banyak.

Banyak juga cabaran bila berpantang sendiri ni. Semuanya kena hadapi dengan sabar. Kadang-kadang menangis juga sebab pening menguruskan anak-anak yang lain. Tapi terpaksa hadapi juga. Sementara abg masih cuti bolehla abg uruskan semua... minggu depan abg dah pun mula kerja semula..

Wednesday, December 3, 2014

Hari ketiga berpantang

Hari ini masuk hari ketiga berpantang setelah melahirkan adik. Alhamdulillah kesihatan adik semakin baik bila adik mampu menyusu dan kerap menyusu. Adik pun banyak berak dan kencing selepas menyusu. Mudah-mudahan adik cepat sembuh.

Ummi ditempatkan bersama adik di Pusat Bersalin Berisiko Rendah Presint 8. Dah cukup baik bila Allah izinkan ummi bersama adik setiap masa berbanding masa adik di nicu sebab ummi tak dapat temankan adik di sana. Ummi dan adik kena tinggal di sini sehingga hari ke tujuh adik nanti. Lama rasanya...tapi demi kesihatan adik...ummi akan tetap bersama adik.

Alhamdulillah Allah kurniakan susu yang banyak untuk adik. Hari ketiga dah cukup banyak susu ummi untuk adik hingga ummi rasa bengkak susu. Setiap kali lepas adik menyusu, ummi akan pam semula untuk keluarkan susu yang banyak untuk elakkan ummi sakit sebab bengkak susu.

Alhamdulillah...mudah-mudahan Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik buat adik, ummi, ayah, abg Aqil, abg Haziq, abg Haikal serta Tok dan Tok Wan yang ada juga bersama menjaga abg-abg adik masa ummi di wad bersama adik... Amin..