![]() |
| semua benda nak masuk mulut |
![]() |
| Haikal pun sibuk nak main sekali |
"Tuliskan rancanganmu dengan pensel, kemudian serahkan pemadamnya kepada ALLAH. Biarkan ALLAH memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.."
![]() |
| semua benda nak masuk mulut |
![]() |
| Haikal pun sibuk nak main sekali |
![]() |
| Tengah seronok nak main sekali |
![]() |
| Keletihan sebab dari pagi sampai tengahari di Hospital Putrajaya |
Harini abg ke kota kinabalu sehingga malam esok...jadi malam ni terpaksalah sorang-sorang jaga anak-anak yang tak henti- henti minum susu malam-malam. Penatnya rasa macam nak cuti je esok.
Alhamdulillah Haikal dah sihat. Cuma ada batuk je lagi. Minggu lepas on antibiotik jenis yang kedua. Antibiotik pertama dari klinik Dr Saiful sebab demam dan tekak merah. Dah la sebelum tu 3 kali amik neb sebab dah semput banyak kahak. Dah elok demam tiba-tiba berak najis dia ada darah dekat 3 4 hari baru hilang. Itupun lepas x ray dan ambil darah kat hospital Jempol. Itupun doktor nak tahan wad 5 hari sebab nak futher check up. Tapi alhamdulillah result xray normal. Darah pun normal. Jadi kena on antibiotik kedua sebab takut ada sikit jangkitan pada usus. Tapi yang bagusnya dia berak memang banyak keluar lendir. Lega tengok sebab lendir dan kahak dia keluar. Dah habis antibiotik tu.. Haikal demam balik. 3 hari demam lepas tu ambil darah lagi. Menangis-nangis la dia kena cucuk. Doktor suruh on antibiotik ketiga sebab darah dia ada jangkitan alhamdullah demam dia ok. Sekarang dah sihat.
Semalam pula dari pagi sampai tengahari aku kat klinik kesihatan presint 9 sebab ada check up dan minum air gula...nak termuntah rasanya..keputusan pulak tak keluar lagi harini. Macamanalah agaknya.
![]() |
| Demam waktu malam |
Bermula semalam Aqil dan Haziq dah mula batuk dan selsema. Rupanya Haikal pun dah batuk teruk di rumah pengasuh semalam.
Patutlah malam tadi masa Haikal tidur, dia asyik merengek dan batuk je. Tengok dia memang tak nyenyak tidur. Tambah pulak malam tadi suhu badan Haikal dah 37c.. Apalagi on ubat demam la..takut suhu badannya naik.
Pagi tadi sebelum pergi rumah pengasuh, dah siap mandikan Haikal dan bagi ubat demam dan ubat batuk. Badan dia pun suam-suam juga. Terpaksalah hantar ke rumah pengasuh sekejap sementara nak tunggu klinik Dr. Saiful buka pukul 10.30am. memannlg nak bawa dia ke klinik Dr. Saiful tu sebab kahak dia masih ada lagi. Kejap lagi nak keluar ke klinik. Harap-harap Haikal ok...
Aqil dan Haziq pun dah makan ubat batuk dan selsema sebelum keluar pagi tadi. Kesian juga Aqil sebab takut mengantuk dalam kelas.
Sekarang memang dah mula musim kanak-kanak demam batuk selsema ni. Denggi pun ramai yang kena. Mohon Allah jauhkanlah kami dari penyakit berbahaya dan penyakit berjangkit.
Mungkin juga Aqil, Haziq dan Haikal ni terdedah kena batuk selsema sejak cuti Sabtu Ahad lepas. Sebabnya Sabtu pagi Aqil ada hari sukan. Tempat tu pun memang dah ramai walaupun buat dalam dewan di UKM Bangi. Petang pula bawa anak-anak pergi Paradigm Mall di Kelana Jaya. Esoknya hari Ahad pagi teman ayahnya ada game bowling di Alamanda. Lepas tu jalan-jalan dalam Alamanda dan JUSCO Seri Kembangan. Petang pula main kat luar dengan anak jiran sebelah. Memang penuh aktiviti diorang hujung minggu lepas... jadi minggu ni Allah tarik kejap nikmat sihat anak-anak... mudah-mudahan Allah kurniakan kesembuhan pada mereka.