Tuesday, May 27, 2014

Haikal yang suka kacau abang belajar

Haikal memang suka kacau abang-abangnya terutama bila abang nak buka buku dan pegang pensil. Dia juga akan mengamuk kalau tak bagi dia..

Tengok abg Haziq buat keje

Kena marah dengan Haziq sebab kacau

Dapat jugak pensil nak tulis

Kacau lagi

selongkar bakul susu

Nak jugak tulis

Nak tulis kat white board. 

Aqil buat homework sambil tengok tv

Dapat tulis kat white board

Nak jugak tulis





Wednesday, May 14, 2014

Cuba bertahan...

Hari ini kali pertama bila aku pam susu di ofis tapi hanya dapat tak sampai 1oz... rasa putus asa sangat... selama ni hampir sebulan jugaklah aku cuba bertahan untuk pastikan setiap hari dapat pam susu sekurang-kurangnya sebotol atau 2oz paling kurang.. tapi hari ini terlampau sikit dan rasa nak give up...mampukah aku bertahan atau terus stop dari pam susu di ofis?

Banyak faktor yang menyumbang yang menyebabkan susu aku semakin berkurangan...pertama sekali sebab haikal pun dah tak nak direct breastfeed sebab dia marah bila susu sikit. Tambah pula dia dah semakin boleh terima susu isomil. Setial malam dia akan minum susu hingga 3 atau 4 botol...

Lepastu bila aku hilang selera makan dan kurang minum air.. secara tak langsung susu jadi makin sikit....kurma pun dah jarang makan...

Ya Allah..kuatkanlah semangatku...aku tak boleh berputus asa...sebab susu badanku cuma tinggal sikit tapi masih belum kering.... aku mesti usaha sikit lagi dan sabar..walaupun aku ada amik supplemet shaklee alfalfa dan esp...lepastu homeopathy..masih tak cukup...aku kena usaha makan kurma banyak- banyak dan rajin mengepam....tak kisahla walaupun haikal taknak direct breastfeed...

Semoga Allah membantu aku untuk meneruskan penyusuan untuk Haikal...

Thursday, March 6, 2014

Takaful untuk anak-anak

Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat untuk ambil takaful untuk anak-anak. aku ambil medical card dan simpanan dari kawan baik yang kini dah jadi bos di company PruBSN Takaful. Setiap bulan akan potong rm520 untuk 3 orang anak dan diri aku. cuma abg je la yang belum ambil takaful tu. memang dah lama sebenarnya untuk ambil takaful untuk anak-anak, baru sekarang dilapangkan rezeki..alhamdulillah...




Kesihatan anak-anak

Alhamdulillah anak-anak sihat cuma Haikal yang batuk dan selsema dah hampir seminggu lebih.

Selepas semua anak-anak sihat dari demam dan cirit birit tu, Haziq dan Haikal kena batuk pula sebab berjangkit dari ayahnya.. abg pun siap pergi klinik untuk ambil ujian darah, xray dan test tibi sebab takut ada jangkitan tibi. alhamdulillah semua keputusan adalah normal. tapi selepas tu berjangkit pula pada anak-anak. Haziq dan Haikal kena makan ubat batuk.

lepas seminggu batuk Haziq dah hilang dengan ikhtiar makan ubat batuk, madu dan vitamin c. tapi Haikal masih ada lagi hingga pagi tadi. bunyi kahak pun banyak sebab dia selsema sekali. ubat selsema memang takde sebab cuma titiskan ubat dalam hidung dan sapu vick balm je. Mula-mula ada kurang, tapi datang semula batuk dan selesema dia. harap Haikal cepat sembuh..

Sunday, February 23, 2014

Update terbaru

Lama dah tak update blog ni..dah sebulan pun... kerja kat ofis pun dah mula banyak. Balik rumah melayan anak-anak dan kerja rumah.. segala-galanya tak sempat nak dicatat kat sini..
Bulan februari ni, banyak hari yang anak-anak tak sihat. Hampir setiap minggu. Bermula dengan haikal yang kena demam campak. Lepas seminggu, anak-anak semua kena cirit-birit muntah yang teruk dan demam.. memang bulan ni Allah bagi ujian anak-anak tak sihat. Aqil pula sampai masuk wad di hospital putrajaya sebab demam panas dan sawan lagi.

Haziq pula sampai terbaring dan tak makan 5 hari sebab cirit birit dan muntah yang teruk. Haikal pun kena cirit birit. Lepastu dia mula tak nak minum guna botol susu. Dah kurang minum susu. Stok susu pun dah habis. Aku dah mula bagi Haikal susu friso gold untuk tampung. Masa aku juga kena cirit birit, susu badan hampir nak kering. Haikal pula tetap nak menyusu.. alhamdulillah susu sedikit demi sedikit ada balik..
Aqil pula masuk wad dan drip air selama 2 hari. Alhamdulillah suhu badan dia turun jugak. Demamnya tak lama. Pertama kali aqil kena sawan membuatkan kaki tangannya jadi kejang. Alhamdulillah di hospital aqil tak kena sawan lagi.

Semalam abg dan aqil bertolak ke kedah untuk ambil mak abah bawa datang sini. Sebab isnin ni pengasuh minta cuti. Berharap mak dan abah tolong jaga haikal dan haziq di rumah untuk sehari. Dah 4 hari aku ambil cuti.. tahun ni ada lagi 10 bulan. Jadi nak kena rancang cuti. Takut tak cukup cuti pulak. Abg pula dah tukar ke pejabat baru di EPU,JPM. Suasana tempat kerja baru tak tahulah macamna.
Haikal dan Haziq dah dua hari batuk dan selsema yang agak teruk. Ubat dah bagi makan. Harap cepatlah sihat. Dah dua malam haikal tak boleh tidur malam sebab batuk dan selsema.

Aqil di wad 2c Hospital Putrajaya

Haziq yang lesu kerana cirit birit muntah

Wednesday, January 22, 2014

Bawa anak-anak jalan-jalan

Waktu petang sempatlah juga aku bawa anak-anak keluar jalan-jalan naik kelisa..kesian tengok diorang bila terperap je dalam rumah.. bila keluar rumah tu memang diorang akan berlari-lari seronok.. alhamdulillah tengok anak-anak sihat..

main kat taman belakang rumah

jalan di sekitar masjid besi


suka dengan gambar yang Aqil ambil ni




 Petang semalam aku keluar untuk bawa Haikal ke Klinik Kesihatan untuk check up 7 bulan dan cucuk imunisasi... minta tolong paksu yang hantarkan ke klinik. Jadi Haziq ikut paksu untuk makan di kedai..

Haziq makan di kedai mamak dengan paksuye
yeaahh..esok abg balik....

Ke pejabat ayah..

Sabtu yang lepas, abg kerja sebab ada seminar. Jadi aku pun saja nak bawa anak-anak keluar jalan, lalu singgah di pejabat abg sekejap. Anak-anak pun seronoklah juga.

tengok gambar kereta je kejenya..

meja yang berselerak

Haikal tengok siapa yang pegang dia..

Anak anugerah ALLAH..



Balik dari pejabat ayah, konon-kononnya nak bawa anak-anak beli air je kat setesen minyak, tengok-tengok diorang "pau" ummi nak beli mainan..layankan je la..lepastu siapla kena bebel dengan ummi..

senyum gembira..

Petang tu abg bertolak ke Pulau Pinang.. tinggallah aku bersama-sama anak untuk 5 hari seterusnya..