Friday, August 30, 2013

Semoga cepat sembuh haikal

Harini masuk 10 hari haikal batuk...dah nak masuk 2 minggu tapi haikal masih tak sembuh dari batuk. Ubat batuk masih aku berikan...kesian bila tengok haikal batuk yang kuat...
Hari ini cuba petua guna bawang putih...bakar dulu bawang putih kemudian lenyekkan dan ditambah sedikit minyak masak..lepastu baru sapu pada leher, dada dan belakang...semoga cepat sembuh haikal

Haikal batuk dan selesema

Hari ini kami masih di hotel...abg pula ada kerja di luar..di kuala ibai...tinggallah aku dan anak-anak duduk di hotel sampai ke petang..pagi ni aqil dan haziq bangun awal pulak. Pukul 7.30am dah bangun. Bila duduk dalam hotel memang tak taula nak buat apa..
Haikal masih lagi tidur..malam tadi berjaga dari pukul 3.00am hingga 4.00am..hidung haikal pun nampak macam tersumbat. Mungkin disebabkan keadaan bilik yang sejuk. Kesian haikal...dah seminggu makan ubat..namun batuk dan kahaknya masih belum reda...cepatlah sembuh haikal..kesian sangat bila tengok haikal yang baru 2 bulan dah kena batuk teruk.. sembuhkanlah anakku ya Allah...

Tuesday, August 27, 2013

Raya 2013

Kami beraya di negeri sembilan pada hari raya pertama tahun ini..tema raya adalah ungu tapi cukup sederhana buat kami.abg pun hanya pakai jubah lama.walauapapun raya untuk anak-anak tetap meriah dan seronok sebab pertama kali lengkap berbaju melayu dan sampin...

Raya ketiga kami bertolak ke kedah pula.

Sunday, August 25, 2013

Bercuti di terengganu

Hari ini masuk hari kedua kami sekeluarga berada di kuala terengganu. Kami menginap di felda residence. Bertolak dari negeri sembilan rumah mak ayah terus ke kuala terengganu. Semalam dan hari ini kami berjalan-jalan sekitar kuala terengganu je. Anak-anak seronok bermain di pantai batu burok, berjalan di Mydin dan Giant..sarapan di masjid kristal...





Esok abg akan mula bekerja. Maka tinggallah aku dan anak-anak dalam bilik hotel ni. Melayan karenah anak-anak dan menjaga baby haikal yang batuk dan berkahak.. sudah seminggu haikal makan ubat batuk. Hari ini masih batuk dan bunyi kahak. Petang tadi sempat kami singgah di klinik dan tambah lagi ubat cairkan kahak untuk haikal. Semoga haikal cepat sembuh. Baru 2 bulan dah kena batuk n selsema.

Mungkin kerana cuaca dan perjalanan kami yang jauh-jauh..aku dan anak-anak semua dilanda batuk sejak selepas raya...raya ketiga je kami dah bergerak ke kedah dari negeri sembilan. Selepas tu ke terengganu dari kedah..balik ke putrajaya...seminggu selepas itu kembali semula ke terengganu..

Di Pantai Batu Burok 

Layankan gambar-gambar semasa di hotel...

Selepas penat bermain, masa untuk tidur

layan tengok video upin ipin kat youtube

Abg-abg nak kacau baby dalam babycot hotel

nak capai nasib baik tak sampai


baru bangun tidur



Selepas ni memang susah nak ikut abg outstation dan duduk hotel macamni lagi sebab aku dah pun bekerja dan aqil pun dah sekolah. kalau sebelum ni memang banyak hotel dah kami pergi bermula dari Selatan, Utara sampailah ke Sabah.. Langkawi pun kami dah sampai sebab semuanya ikut abg bekursus. 

Tuesday, July 30, 2013

Ke klinik

Semalam aku dah pun bawa haikal ke klinik untuk rawatan ruam susu di pipi haikal... alhamdulillah lepas guna krim dan mandian yang doktor cadangkan..ruam di pipi haikal dah mula kering..harap-harap lepas ni tak timbul lagi ruam susu tu...

Monday, July 29, 2013

Abg aqil balik putrajaya

Hari ini aqil kembali ke rumah ayah di putrajaya setelah 3 hari bermalam jumpa ummi dan adik-adik di kampung ni..
Abg hantar aqil pada petang khamis dan kembali ke putrjaya selepas berbuka puasa.. tengahari jumaat abg bergerak ke sungai petani, kedah dan bermalam di rumah mak dan abah. Abg ada urusan kerja di Alor Setar pada hari Sabtu..dan harini selepas sahur abg bergerak balik dari kedah terus ke n9 untuk jemput aqil bawa pulang ke putrajaya memandangkan sekolah aqil masoh belum mula bercuti untuk hari raya. Aqil juga ada temujanji doktor di hospital putrajaya untuk pemeriksaan hidungnya pada hari rabu ini..
Aqil pun sudah faham dan pandai ikut ayah untuk balik ke putrajaya dan tiada lagi rengekan dan tangisannya untuk tidak mahu ikut ayah.. takpelah aqil..minggu ini minggu terakhir persekolahan aqil..minggu depan aqil sudah mula cuti sekolah dan hari raya..lama juga cuti nanti..abg pun sudah ambil seminggu cuti selepas raya untuk pulang beraya di Kedah..
Tinggal 5 hari lagi tempoh berpantangku akan habis..aku juga masih belum boleh berpuasa...hari ini sudah masuk 19 Ramadhan..alhamdulillah dengan bantuan mak dan ayah untuk bantu jaga anak-anak semasa aku dalam pantang ni..sudah cukup mengurangkan beban aku yang masih lemah sewaktu masa mula-mula bersalin..
Abg juga telah banyak membantu aku dengan membawa aqil untuk duduk bersama di putrajaya kerana memandangkan dirinya yang terlalu aktif dan lasak...dan yang paling penting..aqil perlu ke sekolah..sayang kalau aqil selalu tidak hadir ke sekolah dan banyak ketinggalan dengan kawan-kawannya di sekolah..abg jugaklah yang setiap hari berulang alik ke hospital semasa aku di tahan wad selepas melahirkan haikal..kena jaga anak-anak lagi yang tengah lasak bermain...sekarang pula berulang alik setiap minggu ke kampung...alhamdulillah ada suami yang tahu tanggungjawab dan mahu bertolak ansur dalam urusan keluarga dan menjaga anak-anak..



Sunday, July 28, 2013

Ruam susu

Inila perkara yang merisaukan aku saat ini tentang haikal..sudah seminggu sejak muka dia ditumbuhi ruam panas..mula-mula aku perasan yang banyak naik ruam di kepala dan belakang kepala dia...mungkin sebab dia peluh dan panas sebab baring...tapi hari demi hari mula naik ruam di pipi haikal..dan harini ruam makin teruk di pipi haikal..nampak makin kasar dan panas sahaja bila disentuh pipinya..kesian haikal...
Setakat ni aku dah cuba sapu minyak kelapa dara di pipinya..tapi nampak makin merah dan naik ruam di bahagian lain di pipinya..harini cuba sapu tepung ubi pula.. nampak kering sikit tapi sebab dia memang menyusu dan susu melekat di pipi..agak susah juga nak kering ruam tu... harap-harap sembuhlah ruam di pipi haikal..