Tuesday, July 30, 2013

Ke klinik

Semalam aku dah pun bawa haikal ke klinik untuk rawatan ruam susu di pipi haikal... alhamdulillah lepas guna krim dan mandian yang doktor cadangkan..ruam di pipi haikal dah mula kering..harap-harap lepas ni tak timbul lagi ruam susu tu...

Monday, July 29, 2013

Abg aqil balik putrajaya

Hari ini aqil kembali ke rumah ayah di putrajaya setelah 3 hari bermalam jumpa ummi dan adik-adik di kampung ni..
Abg hantar aqil pada petang khamis dan kembali ke putrjaya selepas berbuka puasa.. tengahari jumaat abg bergerak ke sungai petani, kedah dan bermalam di rumah mak dan abah. Abg ada urusan kerja di Alor Setar pada hari Sabtu..dan harini selepas sahur abg bergerak balik dari kedah terus ke n9 untuk jemput aqil bawa pulang ke putrajaya memandangkan sekolah aqil masoh belum mula bercuti untuk hari raya. Aqil juga ada temujanji doktor di hospital putrajaya untuk pemeriksaan hidungnya pada hari rabu ini..
Aqil pun sudah faham dan pandai ikut ayah untuk balik ke putrajaya dan tiada lagi rengekan dan tangisannya untuk tidak mahu ikut ayah.. takpelah aqil..minggu ini minggu terakhir persekolahan aqil..minggu depan aqil sudah mula cuti sekolah dan hari raya..lama juga cuti nanti..abg pun sudah ambil seminggu cuti selepas raya untuk pulang beraya di Kedah..
Tinggal 5 hari lagi tempoh berpantangku akan habis..aku juga masih belum boleh berpuasa...hari ini sudah masuk 19 Ramadhan..alhamdulillah dengan bantuan mak dan ayah untuk bantu jaga anak-anak semasa aku dalam pantang ni..sudah cukup mengurangkan beban aku yang masih lemah sewaktu masa mula-mula bersalin..
Abg juga telah banyak membantu aku dengan membawa aqil untuk duduk bersama di putrajaya kerana memandangkan dirinya yang terlalu aktif dan lasak...dan yang paling penting..aqil perlu ke sekolah..sayang kalau aqil selalu tidak hadir ke sekolah dan banyak ketinggalan dengan kawan-kawannya di sekolah..abg jugaklah yang setiap hari berulang alik ke hospital semasa aku di tahan wad selepas melahirkan haikal..kena jaga anak-anak lagi yang tengah lasak bermain...sekarang pula berulang alik setiap minggu ke kampung...alhamdulillah ada suami yang tahu tanggungjawab dan mahu bertolak ansur dalam urusan keluarga dan menjaga anak-anak..



Sunday, July 28, 2013

Ruam susu

Inila perkara yang merisaukan aku saat ini tentang haikal..sudah seminggu sejak muka dia ditumbuhi ruam panas..mula-mula aku perasan yang banyak naik ruam di kepala dan belakang kepala dia...mungkin sebab dia peluh dan panas sebab baring...tapi hari demi hari mula naik ruam di pipi haikal..dan harini ruam makin teruk di pipi haikal..nampak makin kasar dan panas sahaja bila disentuh pipinya..kesian haikal...
Setakat ni aku dah cuba sapu minyak kelapa dara di pipinya..tapi nampak makin merah dan naik ruam di bahagian lain di pipinya..harini cuba sapu tepung ubi pula.. nampak kering sikit tapi sebab dia memang menyusu dan susu melekat di pipi..agak susah juga nak kering ruam tu... harap-harap sembuhlah ruam di pipi haikal..

Friday, July 19, 2013

Penangguhan diluluskan

Alhamdulillah..syukur pada Allah...hari ini pihak JPA telah memberi maklum balas email aku berkenaan penangguhan tarikh lapor diri.. alhamdulillah permohonan aku telah diluluskan untuk aku teruskan cuti bersalin aku yang berbaki sebulan lagi sehingga 23 September 2013.. cuma masih ada kekurangan yang aku perlu terima bila lambat melapor diri...tarikh lantikan aku tak sama macam yang lain dan kenaikan pangkat pun akan jadi lambat... takpelah...bila dapat jaga anak sampai umur 3 bulan pun alhamdulillah...rasa kesian bila nak hantar anak umur 2 bulan ke nurseri.. lagipun tempat nak letak Haikal pun belum jumpa lagi..mudah-mudahan ada rezeki untuk Haikal dapat tempat yang baik semasa ummi bekerja nanti...
Alhamdulillah rezeki anak juga aku dapat pekerjaan tetap...

Thursday, July 18, 2013

Hari pertama

Hari ini percubaan pertama memberi susu menggunakan botol susu untuk Haikal.. hari ini usia haikal masuk 27 hari.. memandangkan usia haikal akan memasuki sebulan..jadi bolehlah diajar menggunakan botol susu.. 
Haikal minum hanya 1oz buat permulaan kemudian dia tidur semula...waktu siang adalah waktu marathon haikal untuk tidur sebanyak-banyaknya. Bila tengah malam dia akan berjaga dan merengek..huhu...ummi memang kena sabarlah banyak-banyak bila tak cukup tidur...

Haziq pula dah pandai nak kacau adik dia..mungkin dia nak ajak main sebab dia boring main seorang diri sebab Aqil ikut ayah dia balik Putrajaya dan sekolah...

Hari ini pula Aqil ikut ayah dia ke Johor Bharu dan terus balik ke kampung...cuti lagi la Aqil...



Thursday, July 11, 2013

Day 20 of life

Hari ini Haikal berusia 20 hari... pagi tadi ada nurse datang ke rumah untuk timbang Haikal.. alhamdulillah berat Haikal naik 1kg berbanding hari ke 10. Tadi timbang berat Haikal dah 4.5kg.. nurse pun cakap yang kuning Haikal dah hilang... cuma najis masih lagi warna kuning. Belum tukar warna... alhamdulillah berkat susu ibu mudah-mudahan Haikal membesar dengan sihat..
Hari ini hari ke 2 umat Islam berpuasa... Aqil ke sekolah macam biasa hari ini...tapi dia minta ayahnya ambil awal. Nasib dia baik hari ni bila ayah janji nak ambil awal dan duduk di pejabat ayah.

Wednesday, July 10, 2013

1 Ramadhan

Hari ini umat Islam mula berpuasa..hari ini hari ke 19 aku berpantang..jadinya aku berpantang di bulan puasa..terpaksalah aku menggantikan puasa yang aku tinggalkan sepanjang bulan Ramadhan ni...kesian abg terpaksa berbuka dan bersahur keseoranganlah untuk tahun ini...
Alhamdulillah abg dapat balik untuk bersahur di kampung...abg bercuti selama 2 hari untuk selesaikan pendaftaran kelahiran Haikal di Jabatan Pendaftaran di Bahau. Hari Ahad lepas sebenarnya Aqil menangis nak ikut ayahnya balik ke Putrajaya. Jadi akhirnya dia pun ikut ayah balik dan sempat bersekolah sehari. Selasa dan Rabu balik ke kampung untuk berpuasa di kampung dan hari ini ikut kembali ayah balik..
Alhamdulillah dia nak juga ikut setelah dipujuk untuk beli mainan baru. Aku sebenarnya mahu dia ke sekolah dan kesian kalau dia selalu tak hadir ke sekolah dan banyak tertinggal pelajaran.. ujian sebelum ni pun banyak yang dia tak dapat jawab.. memang aku dan abg akui, aqil masih belum dapat menguasai kemahiran membaca.. mudah-mudahan Allah mempermudahkan dia untuk menerima pelajaran..kesian kalau terlalu memaksa dia untuk belajar..