Monday, September 14, 2015

Family day @15 Ogos 2015

Alhamdulillah selesai sudah family day yang kami buat di D'River Janda Baik selama 2 hari 1 malam.

Semuanya berjalan lancar dan selamat. Seronok sangat dengan aktiviti yang dapat dibuat di sana. Semuanya kali pertama anak-anak dapat mandi sungai, tidur di chalet depan sungai, buat bbq dan makan sama-sama. Anak-anak pun sampai-sampai terus mandi sungai. Bangun pagi-pagi pun mandi sungai lagi. Alhamdulilah..

Persiapan penginapan dan makanan semuanya diuruskan kak azi. Kami cuma sumbangkan duit untuk sewa chalet dan beli barang makanan. Alhamdulillah ada kakak ipar yang dah banyak mudahkan urusan kami untuk family day ni.

Menu makanan pun boleh tahan memang menyelerakan... tengahari sampai di chalet dapat makan nasi berlauk daging salai masak lemak cili api, macaroni goreng, nuget dan ayam goreng. Petang tu ramai-ramai hidupkan api untuk bakar ayam, daging, kambing, sosej, nuget dan kentang bakar. Pagi esoknya makan nasi lemak dan teh panas. Alhamdulillah...

Anak-anak sihat

Alhamdulillah...dalam sebulan ni anak-anak semua sihat...cuma Haikal dan Naufal yang batuk selsema. Agak lama nak sembuh dari selesema dan batuk berkahak. Ambil masa 2 minggu juga baru hilang bunyi kahak di paru-paru Haikal dan Naufal.

Risau juga sebenarnya pada Haikal dan Naufal yang masih kecil nanti di Jepun. Risau badan mereka yang tak tahan cuaca di sana dan senang kena jangkitan. Mudah-mudahan Allah pelihara dan lindungi kami sekeluarga di sana nanti.

Risau dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni. Sekarang dengan keadaan jerebu yang teruk, Jepun dengan banjir dan tanah runtuh dan di negara arab dengan ribut pasir dan taufan. Sedih dengar berita sekarang ni tentang jemaah haji di Makkah. Siapa sangka jemaah haji Malaysia turut terkorban dengan peristiwa kren jatuh di masjidil haram. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

InsyaAllah lusa kami sekeluarga merancang untuk ambil suntikan vaksin influenza. Kena redha je la bayaran untuk 6 orang suntikan. Mudah-mudahan Allah lindungi dari wabak penyakit.

Wednesday, September 2, 2015

Persiapan sebelum ke Jepun

Lama rasanya tak update blog ni. Mula-mula sibuk di pejabat sebab urusan cuti tanpa gaji yang lambat dapat kelulusan sebab bos yang banyak alasan tak nak sign surat (baca: tak nak lepaskan staf).. lepas tu orang atasan yang tiada di pejabat. Lepas bersusah payah selama hampir sebulan akhirnya baru lah dapat.. dan hari ini aku dah pun mula cuti tanpa gaji bermula 1 september 2015.

2 hari lagi aku akan masuk semula ke pejabat untuk urusan terakhir angkut barang sikit, serah nota tugas dan ada farewell.. lepas tu sambung pening kepala mengemas rumah, packing barang dan lain-lain.

Da2lam seminggu ni kami banyak urusan beli barang-barang untuk di bawa ke Jepun nanti. Pergi cari di Alamanda, Tesco Kajang, dan NSK Selayang. Sempat juga aku ke butik Cloverush beli tudung yang tengah promo di Wangsa Melawati dan blouse di Cattleya Bangi. Insert ClothDiaper Naufal pun sempat juga beli di One Baby World Taman Permata. Sekarang pun dah sepenuhnya pakaikan Naufal dengan CD. Harap-harap dapatlah berjimat di Jepun nanti.

Abg pula sibuk dengan urusan beli tiket ke Jepun guna MAS dan ANA.. aku dan anak-anak memang takda rezeki nak pergi sekali dengan abg lepas raya haji ni. Abg kena pergi dulu untuk setelkan urusan COE dan Visa aku dan anak-anak. Sangka baik Allah merancang semuanya.

Separuh dari barang rumah dah pun dibawa sikit-sikit balik ke kampung N.Sembilan. Barang-barang yang besar abg dah pun sewa lori untuk diposkan ke Sungai Petani.

Banyak lagi urusan nak kena buat. Barang-barang rumah pun belum habis packing. Kereta Innova abg pun belum selesai lagi untuk dijual pada kawan abg. Moga Allah mudahkan urusan kami sekeluarga.

Tuesday, August 11, 2015

Aqil demam dan muntah

Hari ini episod anak tak sihat bersambung pula pada Aqil. Harap-harap ini yang last. Mula dengan Haziq yang muntah-muntah minggu lepas, Haikal yang demam dan muntah, naufal demam campak, hari ni pula Aqil balik sekolah tengahari tadi dah tak larat. Akhirnya ikut ayah ke pejabat dan tak jadi pergi kelas Kafa.

Bila malam Aqil dah mula loya tekak dan mengadu sakit kepala. Badan dah mula panas. Bagi makan ubat pun suhu tak turun. Abg bawa ke klinik pun tak boleh nak ambil ujian darah lagi sebab baru demam. Hari ketiga baru boleh cek sama ada denggi atau tak. Kalau tengok simptom-simptom yang ada pada Aqil macam kena denggi sebab demam, muntah dan sakit kepala. Mudah-mudahan bukanlah. Kesian pula pada dia.

Malam ni abg dah jaga Aqil sampai pukul 3.30 pagi. Tak berani nak tidur sebab badan panas. Lap je lah badan dia bagi sejuk. Kali ni sambung kat aku pula yang tunggu. Dah nak pukul 5.00 pagi dah... nampak suhu badan dia pun dah sejuk. Harap-harap hilanglah sakit kepala dia. Sebab dia mengadu sakit kepala je dari waktu petang. 

Jarang dia demam. Kali ni betul-betul demam. Selalu dia la yang paling lasak dan suka kacau adik-adik. Ujianlah untuk aku dan abg.. Moga Allah beri kesembuhan pada Aqil.

Seharian dengan ummi di rumah..

Semua orang cakap badan adik semangat.. dukung pun ya Allah lenguh... last 2 bulan lepas masa umur 6 bulan timbang berat adik 8kg. Sekarang dah 8 bulan mesti dah naik agaknya.

Tapi adik bukan kuat makan. Ummi masak bubur nasi dan belu macam-macam perisa nestum semua adik makan sikit je dan nak muntah. Adik minum susu ummi dan makan sikit biskut je. Tapi alhamdulillah berat adik ok. Cuma kesihatan adik je belum baik-baik lagi.

Semalam ummi cuti sebab adik naik campak lagi kat seluruh badan. Sabtu Ahad adik demam dan badan terkejut-terkejut macam nak tarik. Nauzubillah.. Minta Allah jauhkan.

Sabtu lepas pun sempatlah juga ke Hospital Jempol untuk sedut gas adik sebab banyak sangat kahak. Lama sangat belum hilang-hilang lagi kahak adik. Adik selsema lama sangat. Bila la Alla nak bagi adik sembuh agaknya.

sibuk main masak-masak pulak
demam hari pertama
sedut gas @Hospital Jempol

Monday, July 27, 2015

Raya ketiga @Kg. Pulau Sayak : Mee Udang @Pantai Merdeka : Rehlah Santai...

Raya ketiga ke Kampung Pulau Sayak pekena mee udang..




Tunggu Mee Udang

@Pantai Merdeka

Raya kedua @Sungai Petani, Kedah

Kami gerak balik ke Kedah seawal 7.00pagi dari N. Sembilan. Anak-anak pun kami angkut terus masuk ke dalam kereta dan tak mandi lagi.

Tak mengantuk dan teman ayah memandu

Jaga adik bagi tidur

Nak jaga adik..

Muka belum mandi

Sampai di Sungai Petani pukul 3.00pm.. kami dah pun menyewa homestay di taman yang sama dengan rumah abah..cuma lorong je lain.. ye la sebab pengantin baru (adik ipar, Faiz) akan duduk di bilik yang biasa kami duduk di rumah abah. Dua malam menginap di homestay hingga selesai kenduri. Lagi 2 malam terpaksa jugalah bersempit-sempit di rumah abah.

kenduri kahwin faiz pada raya ketiga..

tolong ayah bentang karpet

bentang karpet

Muhammad Nabil main lego..

Aqil suka sangat memasang lego..ayah pulak rajin sangat membeli..

Kepenatan masa hari kenduri

Amal dan Muhammad yang datang ke kenduri di Sungai Petani..

Family yang datang ke kenduri


Bergambar bersama pengantin