Friday, April 3, 2015

Anakku Naufal


Beberapa hari selepas lahir

Masa dalam wad sampai hari ke 7

2 hari Naufal di wad NICU, HPJ dan 5 hari di wad biasa. Naufal perlu habiskan antibiotik untuk elakkan jangkitan kuman dalam paru-paru selepas termakan najis sendiri masa lahir..


Tanam Uri


Baru keluar wad dan cukur rambut



Prolonged Jaundice dan Urine/Blood Test di HPJ
Naufal, Eczema dan HKL
Umur 1 bulan

Umur 1 bulan

Naufal (1/12/2014) dan Ammara Salsabila (11/12/2014)

Naufal (1/12/2014)  dan Dhiya Alisha (19/12/2014)

Wednesday, April 1, 2015

Rehat di Kampung Lui

Minggu lepas kami balik ke kampung lagi. Minggu sebelum tu pun dah balik sebab ambil Aqil dan Haziq yang duduk di rumah atok seminggu cuti sekolah. Anak-anak pun seronok bila dapat balik ke rumah atok sebab depa suka main kat luar. Siap main pasir lagi. Lepas tu memang kena marahlah sebah habis kotor dengan debu dan depa akan batuk.

Main di laman rumah atok

Pokok bunga nenek

Peace !!!
Pokok bunga nenek

Naufal dan Ammara Salsabila

Melawat Tapak Rumah

Hujung minggu yang lepas, kami sempat singgah sekejap ke kawasan rumah yang kami beli di Dengkil. Taman perumahan yang akan naik ni namanya Taman Warisan Putra, Jenderam Hilir, Dengkil. Dekat je dengan Putrajaya. Masih dalam proses pembinaan. Ikut perjanjian akan siap April 2015. Tapi nampaknya kami kena tunggu lagi. Harapan kami dalam sebelum bulan 9 nanti dah boleh masuk rumah baru.




Tuesday, March 31, 2015

Kembali Bekerja

Entri pertama selepas kembali bekerja (2 Mac 2015) setelah cuti bersalin 3 bulan. Alhamdulillah segala-galanya selamat dan berjalan seperti biasa. Naufal dan Haikal dah pun dihantar ke rumah pengasuh bila aku bekerja. Alhamdulillah anak-anak ok di rumah pengasuh. Moga Allah sentiasa pelihara dan lindungi mereka sepanjang aku bekerja. Begitu juga dengan Aqil dan Haziq.

Aqil dah pun masuk darjah 1 di SKPP8(1). Masa pendaftaran masuk pun, semua urusan ayahnya yang uruskan memandangkan aku belum habis pantang masa tu. Haziq pula dapat masuk PASTI 5 tahun depan rumah kami. Dah 4 bulan mereka ke sekolah.

Hari Pendaftaran Darjah 1 pada Januari 2015

Aqi darjah 1                                    Haziq 5 tahun PASTI


Aqil ke kelas KAFA waktu petang

pagi-pagi bersiap ke sekolah dan rumah pengasuh

Sunday, March 15, 2015

Happy 7th Anniversary

Alhamdulillah, hari ini 15 Mac 2015 bersamaan 24 Jamadil Awal 1436H adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7..

Alhamdulillah hidup kami bahagia dengan 4 orang anak yang masih kecil. Kehadiran anak-anak memang menguji fasa kehidupan kami. Membesarkan 4 orang anak-anak yang masih kecil bukanlah mudah kalau tiada kerjasama dan tolak ansur antara kami. Itulah kuncinya selain dari berdoa sepanjang masa agar Allah kurniakan kesihatan yang baik, panjang umur dalam kebaikan dan dikurniakan sakinah, mawaddah dan rahmat ke atas keluarga kami.

Doaku agar Allah kekalkan kemesraan dan kasih sayang antara kami dan eratkan ikatan hati kami sehingga ke JannahNya nanti.

Gambar Raya 2011..ni je gambar berdua yang kami ada 

Friday, March 6, 2015

Demam yang melanda

Haikal dan Naufal demam hari ini.. Jadi ummi terpaksa ambil EL.. Mula-mula Haikal yang demam lepastu semalam pula Naufal cucuk 3 bulan..Panas jugalah badannya. Bagi makan ubat demam habis diluahnya balik.. Semoga Haikal dan Naufal cepat sembuh.

Nasib dia tak marah letak kain kat kepala

Abang "Kecik" pun demam


Friday, February 13, 2015

Hari ini yang ditangisi

Tarikh 12 Februari 2015 akan sentiasa diingati untuk setiap insan yang pernah mengenali Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tarikh ini adalah tarikh pulangnya Tok Guru ke rahmatullah... Moga roh Tok Guru dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman... Damailah dan rehatlah di sana wahai Tok Guru..

Kematiannya ditangisi...kehilangannya dirindui...