Thursday, July 17, 2014

Haikal dan puting kopeknya

Dari kecil sampailah ke besar, puting kopeknya sentiasa ada di mulut Haikal. Paling penting nak tidur kena ada. Kalau tak dia tak boleh tidur. 

Abang-abangnya memang tak pernah hisap puting kopek ni sebab tak pernah di ajar dari kecil. Sebab tu Aqil dan Haziq akan mengempeng sepanjang masa kalau ada dengan ummi.

Macam Haikal memang akan sumbat puting ni je dia dah senyap.

Mungkin sebab ini jugalah mengganggu penyusuan susu ibu bila susu sikit dia marah dan tak nak direct feed. Belum sampai umur setahun dah tak menyusu badan. Sempat 10 bulan sahaja. Lepas tu hanya sepenuhnya minum susu Isomil. Aku pun dah cuba sedaya upaya untuk menyusukan dia, tapi dia pula yang tak nak sebab susu dah sikit disebabkan kesihatan aku yang kurang mengizinkan kena cirit birit dan tak lalu makan. Susu jadi hampir kering.


























Mengapa Ramadan Kita Tidak Berkesan

Perkongsian dari blog ustaz Hasrizal...

“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.

 Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah. Kita mengalaminya. 

Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat. 

Mengapa?


puasa1

Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan peringatan, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan. Justeru jangan sambil lewa. 

Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.


puasa2


Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia. Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah INPUT bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada PROSES, iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah Subhanahu wa Ta’aala.

MASALAH INPUT


puasa3


Andaikata masalah INPUT itu bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.


Kerosakan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata. 

Ada pun kecacatan berkaitan dengan sistem nilai, ia akan terserlah pada ketidak sungguhan atau tiadanya rasa ghairah terhadap segala tawaran Allah berkaitan Ramadhan. 


puasa4

Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut. 

Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.

Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka. 

Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah. 

MASALAH PROSES

puasa5

Ketidakberkesanan puasa dalam membentuk ketaqwaan diri, mungkin juga berpunca bukan daripada masalah INPUT, sebaliknya datang daripada kecacatan PROSES. Cara puasa itu dilaksanakan, sejauh manakah ia menepati kehendak Allah Subhanahu wa Ta’aala dan didikan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam? Asasnya adalah ILMU. Inilah salah satu keistimewaan terpenting Islam, bahawa segala perlakuan ibadah terbina di atas dasar ilmu. Bukan ikut-ikutan, bukan teka-tekaan. Harus ada asas kefahaman yang membolehkan puasa dengan segala ibadah lain, berlangsung seperti yang sepatutnya. 

Belajar tidak pernah habis.

 Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun, masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun. Ilmu mesti sentiasa ditingkatkan sesuai dengan pengalaman diri, cabaran yang bertambah serta pendedahan yang pelbagai. 

puasa6

Jika di usia 15 tahun, kita belajar bahawa musafir diharuskan berbuka puasa, mungkin di usia 21 tahun kita perlu memperincikan ilmu itu apabila buat kali pertamanya kita menaiki kapal terbang di bulan Ramadhan. Rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala ada kalanya jelas dari segi fiqh, tetapi terhalang daripada perlaksanaan akibat daripada sentimen bahawa rukhsah itu ‘mengurangkan nilai’ ibadah, atau rukhsah itu menukar kebiasaan. 

Sebagai contoh, andaikata seorang yang bermusafir ke London pada bulan September 2009 mahu terus berpuasa tanpa mengambil rukhsah, beliau bebas berbuat demikian. Namun lihatlah kepada ilustrasi di bawah, untuk jelas di mindanya, berapakah tempoh puasanya? 

21 jam! 

puasa7

Begitu juga dengan kaum wanita yang hamil atau menyusukan bayi, perlu baginya memahami aspek-aspek bersangkutan dengan pengurusan puasanya, bila keharusan berbuka berlaku dan apa kesannya dari segi Qadha’ dan Fidyah. Seorang muslimah, tatkala masuk ke alam perkahwinan dan mula menimang cahaya mata, perlu menyediakan diri dengan ilmu berkaitan hal ini. Suami pula, tatkala menyedari bahawa sang isteri mempunyai sebab yang pelbagai untuk tidak berpuasa, dan perlu melakukan qadha’ selepas Ramadhan nanti, hulurkanlah bantuan dengan berpuasa sunat meneman isteri yang berpuasa. 

puasa8

Fidyah berbayar, puasa diqadha’, tetapi datangkah rasa sesal pada diri atas perlakuan itu?

puasa10

Di tahun awal pensyariatan ibadah puasa ini (Tahun kedua Hijrah), umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum bermula daripada waktu Maghrib hingga solat Isyak. Selepas Isyak, tidak boleh lagi makan dan minum sehinggalah waktu Maghrib hari yang berikutnya. Jika ada yang tertidur sebelum Isyak, beliau juga berpuasa bermula daripada tidurnya itu sehinggalah Maghrib keesokan harinya. Hal ini amat membebankan sahabat dan hukum ini kemudiannya dimansukhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala. 

Sebagai gantinya, Syariat Islam menghendaki setiap orang yang berpuasa menjaga urusan sahurnya. Sahur dituntut agar ia diambil, biar pun dengan hanya seteguk air, pada waktu hujung malam menjelang waktu subuh. Perbuatan makan siap-siap pada waktu tengah malam dan kemudian tidur hingga masuk ke waktu solat Subuh, tidaklah menghasilkan fadhilat sahur. Malah ia disinonimkan dengan amalan Ahli Kitab, termasuk dari aspek menyengajakan pemanjangan tempoh berpuasa selepas ia sudah dipendekkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala. 

Hindari perbuatan ini. 

puasa11

Demikian juga halnya dengan soal menyegerakan berbuka puasa. Isunya sama iaitu larangan meniru sikap Ahli Kitab yang berpuasa, serta larangan memanjangkan tempoh puasa lebih daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala. Bagi mereka yang menjangkakan dirinya akan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ketika masuknya waktu berbuka puasa, hendaklah bertindak proaktif menyediakan tamar atau air minuman di dalam kereta masing-masing. 

Jangan pula ada yang ‘bergeliga’ mahu membuka puasa dengan mengorek hidung! 

Semoga dengan sedikit muhasabah ini, kita boleh sama-sama membuat penilaian agar Ramadhan yang masih seputik jagung ini dapat dioptimumkan menuju TAQWA. 


illamanaba

Daripada Abu Hurairah sesungguhnya Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam telah bersabda: setiap umatku masuk Syurga, kecuali yang tidak mahu. Mereka (para sahabat) bertanya: Siapa pula yang tidak mahu itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: siapa yang mendurhakai diriku, maka sesungguhnya dia itu yang tidak mahu (masuk Syurga) [HR al-Hakim] 

Salam Ramadhan. 

Haikal dah mula berjalan

Alhamdulilah, usia setahun sebulan, Haikal dah mula pandai jalan..memang agak lambat juga tapi alhamdulillah bila dah mula berjalan, banyak juga langkahnya..

Haikal pula tak berapa sihat sebab batuk berkahak dan selsema.. dah seminggu lebih, tapi kami cuma ikhtiar sapu minyak zaitun pada dada, belakang, betis dan tapak kaki setiap hari. tapi nampaknya masih belum berkesan. semalam dah mula bagi Haikal ubat batuk dan ubat kahak. memang meraung-raung bila dia nampak picagari ubat tu. terpaksalah kepit dan pegang dia untuk makan ubat. Sama macam perangai abg dia Aqil yang susah makan ubat sampaila besar dah nak masuk 6 tahun.

Hari ini dah 19 Ramadhan 1435H..tak lama je lagi nak sambut raya. cerita tentang persiapan raya, alhamdulillah dah banyak yang kami beli. baju anak-anak semua dah lengkap..aku pun dah selesai. cuma tinggal ayahnya saja yang masih belum beli baju raya. semuanya dah banyak belanja beli baju anak-anak. Macam biasalah, setiap kali raya memang akan belanja banyak. tambah pula tahun ni kami akan beraya di Sungai Petani, Kedah. Mudah-mudahan rezeki sentiasa cukup.




Friday, July 11, 2014

Hampir separuh Ramadhan 1435H

Lama sungguh rasanya tinggalkan blog ni sunyi sepi dari sebarang catatan.. kadang-kadang memang teringat kat blog ni tapi malas nak update cerita baru. Kadang-kadang pula memang tiada masa nak update..Hari ini dah pun masuk 13 Ramadhan 1435H. Nak masuk hampir separuh Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka hingga ke saat ini. Anak-anak pun sihat cuma batuk selsema je sekarang. Tapi dalam sebulan ni sihat alhamdulillah dari sebarang penyakit yang bahaya. Alhamdulillah...

22 Jun 2014 adalah Hari Jadi Haikal dan Haziq. Mudahnya bila tarikh lahir sama ni, boleh sambut sekali. Sempatlah juga kami belikan kek harijadi untuk Haikal dan Haziq, Haikal pun sukalah sangat makan kek coklat.

Happy Birthday Haikal dan Haziq - 22 Jun 2014

Haikal Setahun dan Haziq 4 Tahun

Semangat Haziq tiup lilin

Kerja aku di ofis seperti biasa..kadang-kadang je sibuk..selebihnya buat-buat sibuk..kursus untuk tahun ni pun alhamdulillah dah lebih dari 7 hari. 16-18 Jun yang lepas pun aku dah selamat pergi kursus di Instun Tanjung Malim. kesian anak-anak kena tinggal dengan ayah bila ummi pergi kursus. Cuma masa aku kursus tu Haziq baru kena demam campak. Habis 1 badan dia naik campak dan gatal-gatal. Ikut je la ke pejabat ayah. Takde la kena pergi rumah pengasuh.

Jadual Kursus 

Bilik penginapan di INSTUN, Tg Malim

Wednesday, June 11, 2014

Jalan-jalan waktu petang

Ada masa dan kalau cuaca mengizinkan, memang kami akan bawa anak-anak ke taman untuk bermain basikal. Bukan main seronok lagi bila Aqil, Haziq dan Haikal dapat main basikal di taman. Selalunya kami akan pergi ke taman tepi tasik di Presint 8.









Tuesday, May 27, 2014

Haikal yang suka kacau abang belajar

Haikal memang suka kacau abang-abangnya terutama bila abang nak buka buku dan pegang pensil. Dia juga akan mengamuk kalau tak bagi dia..

Tengok abg Haziq buat keje

Kena marah dengan Haziq sebab kacau

Dapat jugak pensil nak tulis

Kacau lagi

selongkar bakul susu

Nak jugak tulis

Nak tulis kat white board. 

Aqil buat homework sambil tengok tv

Dapat tulis kat white board

Nak jugak tulis





Wednesday, May 14, 2014

Cuba bertahan...

Hari ini kali pertama bila aku pam susu di ofis tapi hanya dapat tak sampai 1oz... rasa putus asa sangat... selama ni hampir sebulan jugaklah aku cuba bertahan untuk pastikan setiap hari dapat pam susu sekurang-kurangnya sebotol atau 2oz paling kurang.. tapi hari ini terlampau sikit dan rasa nak give up...mampukah aku bertahan atau terus stop dari pam susu di ofis?

Banyak faktor yang menyumbang yang menyebabkan susu aku semakin berkurangan...pertama sekali sebab haikal pun dah tak nak direct breastfeed sebab dia marah bila susu sikit. Tambah pula dia dah semakin boleh terima susu isomil. Setial malam dia akan minum susu hingga 3 atau 4 botol...

Lepastu bila aku hilang selera makan dan kurang minum air.. secara tak langsung susu jadi makin sikit....kurma pun dah jarang makan...

Ya Allah..kuatkanlah semangatku...aku tak boleh berputus asa...sebab susu badanku cuma tinggal sikit tapi masih belum kering.... aku mesti usaha sikit lagi dan sabar..walaupun aku ada amik supplemet shaklee alfalfa dan esp...lepastu homeopathy..masih tak cukup...aku kena usaha makan kurma banyak- banyak dan rajin mengepam....tak kisahla walaupun haikal taknak direct breastfeed...

Semoga Allah membantu aku untuk meneruskan penyusuan untuk Haikal...