Monday, October 7, 2013

Aqil demam

Hari Sabtu lepas kami sekeluarga pergi ke kenduri kahwin anak haji depan rumah kami. Kenduri dibuat di Dewan di Perbadanan Putrajaya. Petang pulak abg bertolak ke Melaka untuk persidangan tempat kerja. Petang tu juga badan Aqil dah mula panas..Tapi sekadar suam-suam. Ubat demam pun dah bagi makan. Siang Ahad pun demam tak panas sangat. suam- suam panas je. Tapi malam tadi bermulalah episod demam panas Aqil. Ayahnya pula outstation, jadi aku bersengkang mata menjaga Aqil untuk mengelap badannya dan bagi makan ubat. Alhamdulillah..Allah bantu juga sebab adikku nak juga jaga Aqil di rumah. jadi aku tak perlulah mengambil cuti memandangkan aku baru 3 hari berada di tempat kerja baru. cuma aku masih risau jika panas badannya naik mendadak..mudah-mudahan ALLAH jauhkan... pergi kerja pun hati teringat pada anak..ya ALLAH..sayu hati ini bila teringatkan anak-anak...tak sanggup bila anak-anak sakit.. mudah-mudahan Aqil cepat sembuh dan Haikal dan haziq

cuti aku untuk tahun ni pun cuma hanya ada 7 hari memandangkan aku baru mula bekerja akhir bulan September. pengasuh Haikal dan Haziq pula dah beritahu awal untuk cuti 2 hari semasa raya haji

Friday, October 4, 2013

selesai dapat posting

Alhamdulilllah semalam selesai urusan penempatan aku. Hari ini masuk hari kedua aku di tempat kerja baru. Aku ditempatkan di JPPH Putrajaya di bawah Kementerian Kewangan. Semalam selesai urusan borang-borang yang perlu dilengkapkan. Komputer pun dah dapat. Cuma line telefon je belum ada. Jadi borang untuk permohonan email terpaksa ditangguhkan dahulu.

Aku memilih waktu kerja WP3 bagi memudahkan aku menghantar anak-anak bila abg outstation. Esok abg akan ke Melaka sehingga ke hari Khamis. Jadi semua urusan akan aku lakukan sendiri. Cuma buat masa ini agak memudahkan aku pergi balik kerja sebab ada driver. Terpaksa minta tolong adik lelaki aku yang masih belum bekerja dan dah habis belajar tinggal bersama aku.

Tempat kerja baru aku ni adalah unit baru. Jadi aku adalah orang IT pertama yang masuk ke unit ini. Cabaran besar buat aku sebab tiada orang yang boleh aku buat rujukan berkaitan programming. Jawatan aku ni kebanyakkannya duduk di Bahagian Teknologi Maklumat. Mudah-mudahan nanti ada orang yang boleh aku minta panduan untuk belajar tentang programming.

Anakku Haikal masih lagi batuk. Cuma malam tadi dah kurang bunyi batuk..tapi pagi tadi sebelum hantar pengasuh ada Haikal bersin dan keluar hingus. Harap-harap dia tak selsema.

Tuesday, October 1, 2013

Anak-anak tak sihat

Minggu ni minggu kedua aku lapor diri dan masih belum diberi penempatan. Aku masih punya banyak masa duduk di library ni..rutin harian aku setiap kali pukul 10.00am aku akan ke surau untuk mengepam susu. Sekali lagi sesi mengepam adalah pukul 4.00pm dan terus solat asar di surau.

Semalam abg mengambil cuti untuk jaga aqil dan haziq sebab kedua-duanya sakit mata. Mulanya aqil yang sakit mata hari sabtu. Ahad pula haziq pula kena sakit mata. Yang baby haikal alhamdulillah tak kena. Itupun sebab memang kami tak bagi aqil dan haziq cium atau main-main dengan baby. Hari ini aqil dah ke sekolah manakala haziq terpaksa juga hantar ke rumah pengasuh bersama haikal. Mudah-mudahan haziq cepat sembuh sakit mata. Dah tu batuk selsema pun datang bertandang. Pagi tadi dah bagi haziq makan ubat batuk dan selsema. Kesian juga sebab terpaksa hantar ke rumah pengasuh tapi kami takde pilihan. Itulah dugaan ibu bapa bekerja. Anak-anak terpaksa bekorban sama. Semoga kami semha sentiasa sabar dalam mengharungi ujian hidup.

Lain pula halnya dengan baby haikal...semalam kami ke klinik pakar dr saiful semula. Batuk haikal menjadi-jadi terutamanya waktu malam. Menyukarkan dia untuk tidur dan bernafas...doktor cadangkan kami sambung lagi ambil ubat singulair yang diberikan seperti sebelum ni. Dah lebih sebulan haikal batuk tanpa demam. Mudah-mudahan Allah jauhkan haikal dari penyakit.. memang terasa duit banyak habis sebab anak tak sihat...bulan september ni pun hampir rm500 digunakan untuk ubat anak yang tak sihat..tapi demi melihat anak-anak sihat..itulah yang perlu dilakukan.. anak-anak pula lepas satu satu penyakit datang...walau kami dah usaha untuk mengelak dan pastikan anak-anak sihat...namun aku perlu akur...kesihatan tu Allah yang bagi..penyakit pun Allah yang bagi. Jadi yang menyembuhkan penyakit Allah la jua.. aku takkan putus asa untuk terus berdoa semoga anak-anakku diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan daei sebarang penyakit berjangkit dan berbahaya..

Sesungguhnya mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat...

Ya Allah..kurniakanlah kami kesabaran dalam usaha kami ikhtiar kami dalam mencari jalan merawat anak-anak kami yang sakit..sesungguhnya Engkaulah yang menyembuhkan segala penyakit dan di tanganMu lah segala penawar...sembuhkanlah anak-anak kami ya Allah.. amin..

Tuesday, September 24, 2013

Kisah lapor diri

Hari ini hari kedua aku di kementerian kewangan...semalam hari melapor diri. Semalam juga hari pertama baby haikal ke rumah pengasuh. Haziq pun sepatutnya tinggal bersama pengasuh yang sama..tapi disebabkan mak abah masih ada di rumah, jadi haziq duduk rumah je. Alhamdulillah haikal ok semalam di rumah pengasuh. Tak tau macamana pula dengan haziq. Sebab dia belum start letak rumah pengasuh lagi. Esok mak abah akan balik ke kedah. Jadi pagi esok kena berperanglah kejap dengan haziq sementara nak bagi dia biasa duduk rumah pengasuh.
Hari ini pagi-pagi lagi dah hujan lebat. Mujur abg yang hantar. Itupun dah sampai rumah pengasuh tapi bila tengok hujan lebat sangat..kami ambil keputusan supaya abg punch card dulu di ofis. Selepas tu baru patah balik ke rumah pengasuh. Alhamdulillah dah reda sikit hujan. Lepas tu baru abg hantar aku ke ofis ditemani aqil.
Hari ini aku masih belum dapat penempatan. Jadi dah 2 hari duduk di library ni. Pagi tadi pula ada perhimpunan bulanan. Jadi aku pun join sekali. First time merasa perhimpunan bulanan di kementerian. Menteri kewangan ke2 pun ada. Bila dengar orang berucap panjang-panjang ni memang mengantuklah aku. Kalau dengar tazkirah ustaz ok lagi. Habis perhimpunan bulanan pun dah pukul 10 pagi. Jadi aku terus ke surau untuk mengepam. Sama macam rutin semalam. Aku mengepam di surau hanya 2 kali je sepanjang waktu kerja ni. Nak pam 3 kali susu tak banyak sangat. Adalah dapat 3 botol dalam sehari. Tapi kena gigih tak boleh skip waktu pam. Semoga Allah memudahkan urusanku sepanjang penyusuan selama 2 tahun akan datang ni. Baby haikal pun baru 3 bulan. Panjang lagi masa..

Wednesday, September 18, 2013

Cairkan kahak

Pagi ni aku cuba guna kaedah percussion untuk kuarkan kahak haikal. Aku panaskan air hingga menggelegak dan campurkan sedikit vick baby...pastu telangkupkan dia menghadap wap panas tu selama 5 minit. Keluarla juga sikit lendir melalui hidung dia. Harap-harap cara ni sedikit sebanyak membantu cairkan kahak haikal.


Haikal selepas sesi steam

Air Panas dan vicks

Sunday, September 1, 2013

Aqil di hari sukan

Hari ini hari sukan tadika aqil di bangi. Hanya abg dan haziq je yang pergi temankan aqil ke kompleks sukan tu. Haikal pun masih batuk dan keadaan kat padang pun mesti panas. Tak taula apa aqil nak cerita pada ummi bila balik nanti. Semoga aqil seronok..



Haikal sedut gas di klinik

Semalam kami ke klinik semula untuk berjumpa doktor tentang batuk haikal yang dah hampir 2 minggu. Haikal sedut gas sekali. Menangis juga sepanjang ambil nebulizer tu. Doktor pun tak bagi ubat memandangkan ubat batuk masih ada. Cuma doktor bagi penerangan je la.. doktor tu sendiri tak galakkan ambil antibiotik. Sebab tu aku sendiri tak berani nak bagi haikal makan antibiotik yang doktor bagi masa pergi klinik sebelum ni. Kali ni cuba pergi klinik lain pula.

Ubat cairkan kahak pun sebenarnya tak sesuai untuk bayi. Doktor cakap bayi akan jadi semakin batuk. Patutla aku tengok haikal batuk menjadi-jadi. Malam tadi sebelum tidur dah bagi haikal ubat batuk.