"Tuliskan rancanganmu dengan pensel, kemudian serahkan pemadamnya kepada ALLAH. Biarkan ALLAH memadam bahagian yang bukan ditakdirkan untukmu dan menggantikannya dengan rancangan yang lebih baik. Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.."
Friday, June 8, 2012
Hari ke 5
Hari ini masuk hari ke 5 abg di negara Jepun. Baru 5 hari tu. . . Nak tunggu lagi 21 hari memang terasa amat lama. . .
Alhamdulillah,ujian minggu pertama semasa ketiadaan abg ni, mampu dihadapi dengan tenang. Anak-anak masih lagi terkawal. Sebab di kampung ni ada ramai yang membantu untuk menjaga anak-anak ni. Ada atok,nenek, nyang dan paksu. Minggu depan paksu akan kembali ke UiTM untuk memulakan semester baru selepas bercuti hampir 3 bulan.
Alhamdulillah, kesihatan Aqil semakin baik. Dah 2 hari aqil mengalami cirit birit dan sakit perut sebab mengutip makanan apa entah masuk ke mulut. Padahnya terpaksalah menahan sakit perut dan cirit birit sehingga tak boleh tidur malam. Dalam sehari aqil boleh buang air besar sehingga 10 kali termasuk 4 kali di tengah malam dan menangis menahan sakit perut. Malam kedua dah berkurang sakitnya. Jaga di tengah malam pun hanya sekali untuk buang air besar.
Si Haziq pula dengan perangai dia yang tersendiri. Menjaga haziq amat mudah kerana karenah haziq tidak sebakul seperti abg dia, Aqil. :-) namun aku tetap bersyukur kerana dengan karenah anak-anak inilah yang menjadikan kehidupanku penuh dengan warna warni:-) kenangan inilah yang amat berharga yang akan dikenang sepanjang hayat. Dengan tanganku sendirilah aku dapat menjaga dan membesarkan sendiri anak-anak tanpa dijaga oleh orang lain.
Malam tadi, buat pertama kalinya haziq bangun tidur di tengah malam cari atok. Bila masuk bilik atok, boleh pulak tidur sebelah atok sampai ke pagi. Tak pernah-pernah anak-anakku tidur dengan orang lain melainkan dengan umminye setiap hari. Pertuturan haziq agak lambat berbanding abgnya,aqil. Tapi butir-butir sebutan haziq masih boleh difahami. Haziq pun dah pandai buat ayat dan meniru percakapan orang dewasa. Boleh bagitau nama dia, nama abg, dan yang paling best bila dengar haziq cakap nama ayah. . . "auuuuzzzz". . .(maksudnya fairuz) :-) nama ummi dia belum khatam lagi. . .
Semoga anak-anak ummi dan ayah membesar dengan sihat dan sempurna serta menjadi anak-anak yang soleh :-D
post via blogaway
Renungan di hari Jumaat yang penuh berkah
Alhamdulillah, menempuh untuk kesekian kalinya hari Jumaat yang penuh barakah di tahun 2012 ini. Sesekali terdengar suara alunan ayat suci Alquran dari masjid, mengingatkan diri ini pada bulan Ramadhan. Hampir benar ketika ini untuk menjengah Ramadhan kerana waktu yang sedang dilalui saat ini adalah di bulan Rejab.
Terasa diri ini amat hina kerana terlalu banyak melakukan dosa sebagai hamba Allah. Diri ini tidak mampu menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman.
Muhasabah diri
Masih jauh lagi diri ini untuk bergelar isteri solehah. . . Ibu mithali. . . Lantaran kerana diri yang selalu melakukan kesilapan dan dosa. . . Namun langkah tidak seharusnya terhenti di sini. . . Kerana kita tidak boleh berhenti berlari selagi masih bermusafir di muka bumi Allah ini. .
Doaku moga Allah sentiasa membimbing dan mengurniakan ku iman dan hidayahNya untuk menempuh hari-hari yang mendatang. . . Amiiiin. . .
post via blogaway
Monday, June 4, 2012
Fly to osaka

Alhamdulillah,abg dah selamat berlepas ke osaka semalam. Lepas ni bulan depan baru anak-anak dapat jumpa ayah semula. Semalam masa hantar abg ke KLIA tengok anak-anak pun ok tak nangis dan salam macam biasa dengan ayahnya. Memang dah bagitau awal yang ayah nak ke Jepun. Tapi anak- anak sekecil ni manalah tau apa-apa melainkan yang mereka tahu ayah pergi kerja. Selalu paling lama pun tak jumpa ayah cuma seminggu. Kali ni tak tahu la macamana.
Kami berada di kampung sebulan ni. Harap-harap aqil dan haziq sihat dan ummi mampu nak jaga mereka.
post via blogaway
Thursday, May 31, 2012
Habis appointment pakar kanak-kanak
Isnin lepas kami ke klinik pakar paedatrik hospital putrajaya untuk temujanji aqil. Alhamdulillah result eeg aqil normal dan selepas ni aqil dah tiada appointment dengan doktor di klinik pakar lagi.. Alhamdulillah. Cuma kena jaga kalau time aqil demam. Ya Allah. Permudahkanlah segala urusan kami.
post via blogaway
Wednesday, May 30, 2012
bermain di taman

petang tadi lepas abg balik kerja,sempatla bawa anak-anak main di taman dekat PICC. itu pun bila dah inform awal-awal lagi. kalau tak, jam 6pm la baru abg jejak kaki di rumah sejak akhir-akhir ni. biasalah bila tinggal beberapa hari je lagi akan meninggalkan bumi Malaysia yang terchenta ni:-) tak sabar-sabar abg nak jejak kaki ke Jepang tu:-) sebulan pula tu. aku dan anak-anak macam biasalah akan tinggal di kampung a.k.a rumah tokdon n nek pah.. lama rasanya tak balik kampung:-) hehe
cerita tentang anak-anak, si adik dah pandai nak berlawan dengan si abang. kira dah pandai defend diri la. tapi dalam dok tahan-tahan, adik akan nangis juga.
tapi si haziq(adik) sekarang ni dah pandai kenal nombor. bila tanya nombor apa, betul je jawapan yang haziq bagi. tapi bila tanya aqil confirm aqil akan terdiam. nampak sangat si abg lebih banyak main:-)
Ujian Allah
Bersawang lagi blog ni..
Kesuntukan masa untuk aku mengemaskini blog ni..
Sedar tak sedar dah pun penghujung bulan mei 2012..
Alhamdulillah anak-anak dah kembali sihat. Minggu lepas kami diuji bila aqil demam panas yang agak tinggi. Hari pertama ke kecemasan hospital,suhu aqil 39'c. Bersengkang mata lah kami menjaga aqil sebab taknak suhu aqil naik terlalu tinggi. Setiap masa aqil kena jaram. Habis basah tempat tidur aqil. Selang 4hari demam aqil dah kebah tapi kena cirit birit pula. Doktor kata mungkin sebab antobiotik yang aqil makan.
Selang sehari bila aqil dah sihat,kami pun bawalah anak- anak ke melaka dan tidur di hotel. Malamnya pula aqil muntah-muntah yang banyak dan amat teruk. Kami bergegas pulang ke putrajaya jam 4 pagi sebab tak mahu ke hospital melaka bimbang aqil ditahan di wad sana. Bila waktu siang dia ok dan tak demam. Tapi bila malam aqil demam semula. Bermula la kembali episod bersengkang mata menjaga aqil kembali. Sekali lagi kami ke kecemasan hospital putrajaya. Disebabkan hari itu adalah hari ahad, jadi kami terpaksa menunggu lebih sejam untuk berjumpa doktor. Alhamdulillah, haziq tak banyak meragam dan pandai bawa diri. Haziq main dan tak menangis. Akhirnya dengan bantuan wife kepada kawan abg, yang merupakan doktor di kecemasan, dapatlah aqil buak check up selepas hampir sejam setengah kami menunggu. Ujian darah aqil normal dan tiada denggi. Tapi doktor cakap virus dah bercampur dengan bakteria dalam badan aqil. Jadi doktor bagi antibiotik yang lain dan antivirul untuk bunuh virus.
Hampir 3 hari aqil demam ditambah pula haziq dah mula demam,benar-benar menguji kami. Terpaksalah minta bantuan talian hayat dari mak dan abah dari kedah untuk datang membantu kami. Kesian mak dan abah datang pun naik bas. Alhamdulillah. Bila mak dan abah dah datang, bawa air penawar. Aqil dan haziq pun sihat. Syukur pada Allah, kerana Dialah yang memberi penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkannya..
post via blogaway
Thursday, March 1, 2012
Penangan upin ipin.

Teringat malam tadi sebelum tidur,sengaja tanya Aqil dah besar nanti nak jadi apa.. Tanya dia nak jadi doktor ke, polis ke,cikgu ke.. Semua dia kata tak..Pastu bagitahu dia maksud perkataan cita-cita.. Mungkin secara automatik dia teringat cerita upin ipin tentang tajuk cita-cita.
Lama dia fikir tentang cita-cita..Tiba-tiba Aqil cakap,.
"ummi,Aqil nak je 'penawan'.."
Berfikir sekejap aku..fikir..fikir.. Tapi tak dapat tangkap juga apa yang Aqil maksudkan dengan 'penawan'..
Bila aku tanya dia balik maksud 'penawan' tu..
Aqil cakap "macam upin ipin tu.."
Barulah aku faham rupanya "angkasawan".. Apalagi tergelak la aku geli hati..
Bila diajar sebut angkasawan dia boleh sebut,lepastu dia lupa dan kembali sebut 'penawan'.. Aku rasa dia mesti masih belum tahu apa itu angkasawan.. Tapi itulah penangan upin ipin..
post via blogaway
post via blogaway