Monday, November 15, 2010

Ujian melanda..

hampir 2 minggu lebih aku tak sempat nak mengupdate blog ni...

Bila datang ujian, tiada siapa mampu terfikir macamana bentuk ujian yang akan datang, bila ia akan datang..mampukah untuk hadapi ujian..

kali ini ALLAH menguji kami sekeluarga dengan ujian kesihatan..tiada siapa menyangka anak-anak yang hari ini kita lihat cergas dan aktif bermain, keesokan harinya lemah tak bermaya..itulah yang terjadi kepada anak-anakku.. sesungguhnya ujian yang datang pada kali ini benar-benar menguji kesabaran dan keimanan..ibu mana yang mampu melihat anaknya terbaring di katil hospital menanggung kesakitan dan badan yang lemah..runtun jiwa ini melihat anakku di serang sawan tarik pagi isnin yang lalu..

1/11/2010 - Aqil mula demam waktu tengah malam..aku sempat beri aqil makan ubat dan lap-lap badan dia..pukul 5 pagi aqil bangun buang air besar tapi aku minta ayah yang basuhkan Aqil sebab aku pening kepala yang teramat sangat..mana aku sangka rupanya badan aqil bertambah panas..bila jam 6.50 pagi aku sedar aqil dah kena sawan tarik..puas aku dan ayah membasahkan aqil dengan air, tak cukup dengan tu, bawa aqil ke bilik air dan siram..aqil masih tak sedarkan diri..cara terakhir yang aku mampu buat, bawa aqil ke hospital dalam keadaan kelam kabut..nasib baik ada mak tolong jaga haziq..aku dan ayah bergegas ke hospital... dalam kereta aqil masih tak sedarkan diri..puas aku memanggil namanya..tak lama lepastu barulah aqil sedar dengan badan yang sangat-sangat lemah..ya ALLAH..ujian apakah ini..

hari pertama Aqil di hospital..sungguh lemah dan tak bermaya..

sampai di hospital aqil hanya mampu menangis..tapi dalam hati aku lega bila aqil dah sedarkan diri..ya ALLAH..lalainya aku sebab biarkan aqil demam panas..

Aqil langsung tak berselera menjamah sebarang makanan melainkan minum susu sahaja..

tak larat Aqil nak buka mata..

aqil terpaksa ditahan wad..ya ALLAH aku redha..abg outstation ke terengganu dan kelantan..tringat pula haziq kat rumah..lepastu kerja di sekolah ditambah pula minggu depannya ada program yang aku anjurkan..ya ALLAH..terasa amat berat ujian kali ini..

demam yang terlampau panas..masih di hospital..

Aqil di hospital..

rehat tengahari tu..ayah datang ke hospital..aku tinggalkan ayah dengan aqil..aku sempatlah balik ke rumah sekejap sambil tengok si haziq.. bila sampai je semula di hospital..terkejut bila aku lihat aqil menangis dan dipakaikan oksigen..ya ALLAH..sekali lagi aqil diserang sawan tarik.. puncanya sebab badan dia terlampau panas dan tak dilap dengan air...sekali lagi aku rasa terkilan atas kelalalain aku..aku biarkan dan tinggalkan aqil di hospital dengan ayah dan aku balik ke rumah..kesalnya..

kesian aqil asyik menangis je..mungkin badan dia rasa sakit dan lemah..setiap kali minum susu mesti muntah..entah berapa banyak kali aqil muntah atas katil dan nurse terpaksa menggantikan cadarnya...ya ALLAH..bantulah kami..disebabkan itu jugalah aqil terpaksa tinggal lebih lama di hospital dan aku terpaksa menghabiskan cuti aku yang berbaki cuma 4 hari untuk menemani aqil di hospital..

petang tu ayah datang bawa mak dan haziq melawat aqil..siapa sangka bila balik dari hospital..haziq pula demam dan badan dah mula panas..ditambah pula batuk yang teruk.. malam tu juga mak dan ayah bawa haziq ke hospital..sempat jugak aku jumpa haziq di jabatan kecemasan..kesian bila melihat haziq yang batuk dan tercungap-cungap..badan pula demam..rasa nak menangis bila teringatkan haziq dan Aqil..

ya ALLAH..beratnya ujian..mak dan ayah tunggu lebih sejam di jabatan kecemasan kat hospital tapi masih belum dipanggil untuk jumpa doktor..akhirnya terus ke klinik swasta jam 12tgh malam tu..sampai di rumah pukul 1pagi.. ya ALLAH..aku tak tau la kalau mak ayah takde siapa yang nak uruskan haziq...rasa menangis sendirian..=(

2/11/2010 - atas nasihat doktor aqil masih perlu dipantau di hospital..akhirnya aku berkampung bersama aqil di hospital hampir 5 hari..hari yang kelima aku minta juge kebenaran doktor untuk keluar dari wad..memang aqil belum sihat sepenuhnya..tapi demam dia turun naik..lagipun abg dah selamat sampai ke sini..bolehlah tolong jaga aqil sama..

hari kedua yang masih demam..

kesihatan aku juga tak mengizinkan..aku juga diserang demam, sakit kepala dan batuk..aku rasa dah tak larat nak duduk lama di hospital..alhamdulilah..doktor benarkan pulang ke rumah..bila balik ke rumah, aku pula yang terlantar tak larat nak bangun dan demam yang mencecah 39.3c.. nasib baik ada abg yang tolong basah-basahkan dan lap badan aku..ya ALLAh..bersambung-sambung demam ni..

Aqil dah mula nak bermain..

alhamdulilah masa ni aqil dah mula nak senyum..


dah boleh senyum masa ni..dah ada tenaga sikit kot..

hari ke7 barulah aqil sihat sepenuhnya dan dah boleh aktif dan cergas bermain semula..kesian bila melihat anak-anakku yang sakit..haziq pula biasa tidur malam dengan ummi, selama 5 hari ummi bermalam di hospital dengan aqil..dia pun asyik merengek dan menangis je.. sebak hati aku bila mengenangkan haziq di rumah..bila doktor tak bagi keluar hospital masa hari ke4, aku dah menangis sebab teringatkan haziq..ya ALLAH..benar-benar ujian yang berat untuk aku hadapi..



terima kasih pada doktor dan nurse2 di wad 2b yang banyak membantu kami..

wajah-wajah Aqil masa hari ke3 di hospital..kesian Aqil..

rindukan haziq...4 malam haziq tidur dengan nenek ye..

alhamdulilah..hari isnin seperti biasa aku mula bekerja seperti sediakala..tapi keadaan kesihatan aku bukanlah mengizinkan sangat..tapi disebabkan terlalu banyak benda nak kena dibuat sebab esoknya program besar..aku paksa dan kuatkan diri juga untuk melaksanakan kerja tu..akhirnya balik kerja aku terbaring dan tak mampu nak bangun..kepala terasa sakit yang teramat sangat..ditambah pula hampir seminggu aku dah hilang selera makan sejak jaga aqil di hospital sebelum ni..

malamnya aku kuatkan juga diri untuk bangun, mandi dan makan ubat... semuanya sebab bila memikirkan program esok..alhamdulilah bila bangun pagi badan terasa sihat sikit..tapi selera makan masih kurang..disebabkan itu jugalah susu badan pun dah semakin kurang..

terasa amat berat sebenarnya bila terpaksa mencampurkan susu untuk haziq ditambah pula pelaburan yang mahal untuk beli pam elektrik untuk haziq..tapi semuanya dah terlambat..bila jadi macamni..stok simpanan susu pun boleh habis...sayangnya bila tak dapat memberi penyusuan sepenuhnya kepada haziq sebelum umur 6 bulan..=( tapi aku tetap akan berusaha untuk terus memberinya susu ibu walaupun terpaksa campur dengan susu formula..

ya ALLAH..bila ujian datang melanda..terasa lemah diri ini tanpa bantuanMu..bantulah kami untuk menghadapi ujianMu ya ALLAH..

Wednesday, November 10, 2010

Gerak Gempur ICT

Alhamdulilah..selesai sudah prog ini di sekolah ku ini..sambutan pelajar pun dalam lebih 250 orang..itu pun setelah menggabungkan pelajar T1, T2, T3, T4 & T6R...bayangkanlah berapa kerat je yang datang..padahal kalau ikutkan jumlah pelajar ni dalam 700 orang..nak buat macamana sebab peperiksaan akhir tahun pun dah habis..kelas pun dah takde..

akhirnya..pagi itulah untuk kali yang pertamanya aku memegang mikrofon dan bercakap di perhimpunan untuk memberi taklimat program pada pelajar..terpaksa...ikutkan hati aku taknak langsung dan tak sanggup..tapi alhamdulilah..aku dapat menyembunyikan kegugupan aku..hahaha...


fasilitator yang datang pun tak ramai..dalam 16 orang je..masing-masing ada hal..takpelah..yang bestnya bila tengok sesi ceramah dan bengkel....fasi-fasi memberikan kerjasama yang sangat baik dan pelajar-pelajar ni pun tersangatlah excited.. cuma yang kurang berfungsi pada booths yang ada..pelajar-pelajar ni tidak menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada..diorang lagi suka melepak-lepak dan bersidai-sidai kat tepi koridor tu...takpelah..nak buat macamna..


alhamdulilah..aku dapat memberikan cenderahati untuk fasi,semua pelajar yang datang dan pada cikgu-cikgu walaupun bilangan yang amat terhad..terima kasih sangat-sangat pada cikgu-cikgu yang telah diberi task untuk buat kerja membantu program ini berjalan lancar..kerjasama yang cikgu-cikgu ni berika teramatlah bagus..terutamanya pada cikgu-cikgu senior...=) rasa terharu sangat-sangat...


sesi ceramah oleh fasi ni..sungguh bersemangat dia menyampaikan ceramah..

memberi penerangan pada pelajar tentang keselematan ict..syabas untuk fasi ni..

bengkel photoscape..pelajar sangat-sangat berminat..
bengkel perkakasan komputer..syabas untuk fasi-fasi di sini..

pelajar masa bengkel...

majlis penutup diserikan dengan ucapan penutup pengetua..huhu..pengetua telah memuji yang program aku ni sangat berjaya dan mendoakan agar aku dan rakan-rakanku dapat disambungkan kontrak..huhu..(akan disambung ke?? wallahu'alam..) tak dilupakan juga pada suami tersayang yang telah banyak membantu aku mencari idea dan paling best dapat menyediakan goodies untuk diberi masa hari program tu..bestla abg...=)


terima kasih pada abg kerana telah menyediakan goodies ni...=)

Monday, October 25, 2010

Anak-anak Ummi dan ayah






alhamdulilah..diberi kesempatan untuk merakam gambar anak-anakku yang sedang membesar..
alhamdulilah..mereka dapat membesar bersama atok,nenek dan nyang mereka..akan datang..waallahu'alam..

Aqil and the geng..



sibuk nak menulis..

aqil suka dengar muzik mainan ni..mahal ummi beli ni..

"macih ummi beli aqil nye.."

Aqil Vs Haziq

Muhammad Aqil

Muhammad Haziq

Inilah wajah Haziq dan Aqil apabila berumur 4 bulan..

hujan yang lebat..

alhamdulilah..sejuk je cuaca harini..baru je lepas hujan lebat petang ni.. pagi tadi join makan-makan dengan staf dan cikgu-cikgu kat ofis..aku pun tumpanglah bawa kuah kacang dan kuih cara berlauk..banyak juga juadah bila dah ramai-ramai kongsi bawa makanan..pas makan aku pun keluar...bila masuk balik ofis tengahari tadi tengok dah bersih makanan..hahaha..banyak jugak cikgu-cikgu ni makan..

tengahari tadi balik rumah, aqil tengah main dengan nyang..haziq pulak dok dalam buai..bila tegur haziq mesti dia senyum je...bersih je muka bayi ni..bila pandang sejuk je mata..penat nyang, nenek dan atok melayan si aqil..dia sedang membesar...banyak benda nak belajar, nak tau, nak teroka.. mudah-mudahan aqil dan haziq dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh..

Permata hati ummi dan ayah..

Thursday, October 21, 2010

Haziq teman ummi..

Haziq tidur awal lepas maghrib..

Malam tadi tidurkan Aqil dalam buai sampai sejam lebih baru dia tidur..dari jam 9.00malam.. sambil buai aqil aku pun tertidur..tak sempat nak solat, gosok baju dan kemas baju lagi..haziq pula tidur awal..lepas maghrib terus dia tidur tak sedar-sedar sampailah kul 12.30 tgh malam..

dah start jaga pukul 12.30am..

aku sedar dah pukul 12.30am..haziq pula baru bangun, lepas bagi dia nyusu, aku pergi solat dan sambung buat kerja..nasib baik dia elok je tak menangis sambil memerhatikan aku solat dan buat kerja..agaknya dah puas tidur dan perut kenyang..senyap je dia...haziq..haziq..nasib baik haziq faham ummi ada banyak kerja nak buat..hehe.. sempatlah aku gosok baju untuk pakai harini dan esok, lipat baju dan susun..lepastu baru main dengan haziq sementara nak tunggu haziq tidur balik..kul 2pagi baru aku dan haziq tidur..

haziq tengok ummi buat kerja ye..bagus..bagus..teman ummi..=)

sembang dengan haziq..senyum je dia..

tak mau tidoq lagi ka..??